Dalam pencarian aku untuk membuat jadual WAHM, jumpa perkongsian yang menarik dari Puan Lina Karim Kisah anak umi-BACA SINI. So aku pun paste lah kat sini. Tip no.1 pun dah kena kat muka terus, melepek jatuh ke tanah, belum baca kat bawah2 lagi. So, untuk dikongsi bersama :)
Sebenarnya semua orang sibuk. Masa
selalu tidak cukup. Balik rumah dah penat, bagaimana nak ajar anak? Bagi
saya untuk seorang yang menghargai masa perlu mengurus masa itu dengan
sebaiknya. Tahu apa keutamaan. Mereka yang memikirkan nasib keluarga
mereka untuk selamat di dunia dan di hari akhirat sahaja yang akan sanggup meluangkan sedikit masa sibuk
dengan urusan dunia itu untuk mengajar anak mereka al Quran. Perkara
yang perlu dititik beratkan dalam usaha kita mengejar masa:
1. Fizikal
Jangan gemuk. Gemuk adalah tanda kita
selalu kalah dalam melawan nafsu (nafsu makan) dan mempunyai penyakit
M.A.L.A.S. Rasulullah juga tidak mahu umatnya gemuk-gemuk. Saya memang
ada alat timbang badan (weighing scale) untuk memeriksa berat badan saya
sendiri. Saya agak weight conscious juga tau!
2. Stamina kita.
Pastikan kita tahu bagaimana cara
pernafasan yang baik dan jadualkan diri untuk melakukan excercise.
Untuk permulaan, excercise itu bagi yang tidak biasa akan rasakan ianya
amat meletihkan tetapi cuba tetap lakukan dalam seminggu, InsyaAllah ia
akan menjadikan anda bertenaga dan segar. Menjadi kewajipan untuk saya
'halau' anak-anak saya setiap petang untuk pergi keluar bermain .
Walaupun dirumah juga mereka bermain tetapi diluar lebih banyak dalam
bentuk fizikal seperti berlari dengan kawan-kawan dan sebagainya.. Biar
mereka terbiasa untuk riadah seperti ini sehingga besar. Tubuh yang
sihat, akan menghasilkan minda yang sihat.
3. Makanan kita
Jaga pemakanan. Pastikan makanan dari
halal dari sumber yang halal. Makanan yang dari sumber yang ragu atau
tidak halal akan menyebabkan kita berat untuk melakukan kebaikkan
seperti mengajar mengaji dan sebagainya. Juga kembali kepada sunnah.
Saya tidak mahu kondem multivitamin yang di propoganda kan sebagai
bagus, kerana saya tidak mengambilnya. Saya lebih mempercayai amalan
Rasulullah s.a.w. daripada mempercayai multivitamin yang direka barat.
Mungkin ada yang fikir saya ini kolot sedangkan bidang pengajian saya
dahulu adalah Applied Science.
3 Keutamaan (Prioritization)
Semua perkara dalam hidup kita penting
tetapi pastikan yang mana lebih penting. Jangan keliru dalam meletakkan
yang lebih penting itu. Contohnya.. Jika kita perlu mengajar anak waktu
malam, dan selepas makan malam. Adakah membasuh pinggan yang berlambak
disinki adalah lebih penting atau mengajar anak lebih penting? Jika kita
memilih membasuh pinggan kerana tidak tahan melihatnya begitu maka
selesai sahaja anak sudah tertidur. maka terlepaslah peluang untuk
mengajar mereka. (Pantang saya adalah jika anak tidur, jangan kejutkan
untuk mengaji, biar mereka tidur)
5. Matlamat
Wujudkan matlamat. Jangan jadikan
keputusan akhir sabagai tanda ukur pencapaian kerana Allah tidak melihat
hasil tetapi proses kita berusaha untuk mencapai hasil itu yang akan
dikira. Berjaya atau tidak itu adalah perkara kedua. Allah akan memilih
samada akan diberikan apa yang kita usahakan kepada anak kita itu atau
tidak. Yang penting kita telah melakukan tanggungjawab dan amanah yang
Allah berikan kepada kita. Ini dapat mengelakkan diri kita stress
melihat pencapaian anak.
6. Fokus dan konsisten
Fokus, fokus dan fokus. Usaha yang
fokus akan lebih memberi impak walaupun sedikit. Contohnya air
setitik-setitik jatuh keatas batu secara konsisten, lama kelamaan ia
akan meninggalkan lekuk berbanding air dilimpahkan dengan banyak di
seluruh permukaan batu tersebut. Faham maksud saya?
7. Motivasi Diri (Self Motivation)
Setiap orang perlu mempunyai inspirasi.
Cari sumber inspirasi anda sendiri. Adakah dia Ibu Sultan Muhammad Al
Fateh untuk menjadikan anak hebat agamanya. Atau jika ibubapa memilih
untuk anak hebat dalam bidang muzik adakah Ibu Vanessa Mae (pemain
Violin terkenal) menjadi sumber inspirasi kita? Samada cita-cita kita
ingin menjadikan anak kita yang mana satu, semuanya perlu inspirasi dan
motivasi.
Ini
adalah sebahagian dari apa yang perlu dalam persediaan ibubapa sebelum
mengajar anak mereka al Quran atau apa sahaja. Sudah sememangnya yang
paling utama dalam senarai ini adalah memiliki ilmu mengajarnya dahulu.
Jika ada alat-alatan untuk mengajar, tetapi tidak tahu menggunakannya,
tidak kemana juga akhirnya. Untuk maklumat lanjut untuk ilmu mengajar al
Quran pada anak, boleh layari http://darwishndarwisya.blogspot.com/ InsyaAllah semoga semua ibubapa bijak 'mendapatkan' masa untuk mengajar anak anak mereka.
gitue |
No comments:
Post a Comment