Hiks
InsyaAllah, aku akan cuba untuk update 1 entry 1 hari, walaupun kadang2 "eh! benda ni pun nak masuk gak ke?". Okey, itu aku satu ketika dahulu kala melihat blogger mengupdate macam2 story, tapi itu antara cara yang wajib supaya kita sentiasa update. (gitue).
So, citerlah skit story fasal suri rumah ni. Penat weh! sebab bila dah dok rumah, macam2 keja kena buat, baju tu rasa tak pernah susut bertimbunnya, rasa macam "kan dah lipat ke semalam?" haha. begitulah, apabila suri rumah sepenuh masa. Lagi pula bila memasak, macam2 menu fikir ni. Penat memang penat sebab masa keja, beli ja kat restoran kan? Tapi dah dok rumah ni, sendiri masak, sendiri makan. Tapi syoknya sebab semua terjaga kebersihan sebab kita yang pantau kan?
Ok, aku sekarang slow2 akan tengok balik entry yang lama, kalau rasa tak sesuai, mak kena hide/delete. Maklumlah, lepas ni tak boleh nak terlalu personal sangat, nanti dicemuh orang. Dulu takpala, berapa kerat ja lawat blog i ni.
aku akhiri dengan apps yang tengah trending lagi popular. Kira back to the future. Haha, apa2 sajalah dik non.
apps yang tengah popular lagi trending, semua retis & orang biasa cam kita pun buat, ada smile, gorgeous, kids & getting old. Dah korang buat sekarang pastu gelak sendiri. Haha |
ok. itu sahaja, nak sambung buat keja umah k!
No comments:
Post a Comment