Thursday, 8 June 2017

Fasa bisnes

TIP BISNES UNTUK ORANG MUDA SUPAYA 
BISNES TIDAK BAZIR MASA 'STUCK' DI TAHAP SAMA
--------------

FASA 1 - BELUM MULA
.......
Tip bisnes sudah banyak baca, hari-hari baca. Guru bisnes pun sudah ramai follow dan see first.
Tapi langkah pertama masih belum dimulakan.
Mulakan sahaja. Jangan tunggu sempurna. Bermula dengan kekurangan pun tidak apa.
Kita akan banyak belajar apabila sudah bermula.
Selagi tidak memulakan, selagi itu jalan berkelabu.
Mula sedikit, jalan akan terang sedikit. Begitulah seterusnya.
Mula dengan modal kecil. Belajar gandakan duit kecil dahulu. Usah mula dengan besar-besar, duit pinjaman, modal puluhan atau ratusan ribu. Bila bubar, sakitnya tuh di sini.
.
FASA 2 - SUDAH MULA
.......
- Apabila sudah bermula, jangan pula mahu cepat kaya.
- Majoriti bisnes ambil masa untuk buat duit banyak.
- Buat duit sikit dahulu, lama-lama duit banyak akan datang.
- Sabar.
- Terus berusaha setiap hari dan percaya satu hari nanti bisnes kita akan sampai titik lonjakan.
- Buang 'hati tisu' itu.
- Lihat kejayaan kecil usahawan lain. Bergaul dengan mereka. Luaskan bulatan kenalan kita. Sedikit sebanyak ia dapat beri dorongan kepada kita untuk terus konsisten buat sampai jadi.
.
FASA 3 - BISNES SUDAH BUAT DUIT
.......
Apabila bisnes sudah berjaya buat duit, jangan pula terlalu lama berada dalam zon selesa.
Majoriti peniaga muda yang sudah berjaya buat duit 'stuck' di level ini.
- Tidak mahu 'grow'.
- Tidak mahu buang keselesaan untuk menaikkan bisnes ke satu aras yang lebih tinggi.
- Tidak mahu tukar pergaulan supaya 'mindset' berubah.
- Buat duit memang seronok. Dapat duit poket setiap bulan. 
Ini fasa berjinak-jinak dengan duit banyak.
- Jangan lama-lama berada dalam fasa buat duit. Bisnes yang buat duit banyak belum tentu dapat bertahan lama. Sampai masa bisnes itu sendiri akan memenatkan kita jika ia tidak disistemkan.

Bisnes terbahagi kepada banyak komponen. Bukan komponen buat duit sahaja yang harus dikukuhkan.
Ada lagi komponen lain seperti :
+ Strategi pemasaran jangka panjang.
+ Khidmat pelanggan selepas jualan.
+ Admin
+ Kewangan
+ Pengurusan sumber manusia.
+ Operasi

Belajar mensistemkan bisnes kita.
Mula belajar ilmu membina syarikat dan bisnes yang dapat bertahan, berdiri teguh dan berkembang untuk jangka masa yang panjang.
+ Labur semula keuntungan bisnes untuk luaskan pasaran produk.
+ Belajar berniaga dengan cara berpartner.
+ Belajar ilmu pembangunan organisasi.
+ Bina ahli pasukan - PENTING!
+ Lantik orang betul urus kewangan syarikat.
+ Tambah baik sistem dan SOP.
+ Bayar cukai, bayar zakat.
+ Labur sebahagian keuntungan untuk tambah aset syarikat.

Kesimpulan
Otak buat duit hanya fikir 30 hari ke 3 bulan akan datang.
Otak bina bisnes berfikir 7, 10 tahun ke hadapan.
Mulakan langkah daripada SOLO-preneur (Self-Employed) kepada BUSINESS OWNER. Susun batu-bata bisnes kita itu sehingga satu hari nanti ia berdiri teguh dengan asas yang kuat, tidak rapuh.

Dari FB hasbulariff

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...