Friday, 16 June 2017

Pengalaman Nora Azmin

Masa memula jual Alkurma 3 tahun lepas, semuanya kelam kabut.
Sangat improper. Buat sendiri-sendiri, takde team besar.
Grafik pun alahaiii, kartun giler!

Tengok orang beratur poslaju berbondong-bondong, bengkerk je rasa.
Yang kita ni seketul je pun. Tak padan dengan beratur sket punya lama tu.
Order pun pakai whatsapp dan buku 555 je.

Seriously saya takde idea pun how its gonna be 5 years down the road.
Stress tengok parcel orang lain tu pun tak reda lagi.
Saya fikir nak belajar menjual dari bawah je.
Apa nak jadi lepas ni, nanti baru pikir.
Along the way nanti, adjust la mana-mana patut.
Yang penting, buat sehabis baik.

Masa tu yang pandang sinis tu memang ramailah.
Nak tengok je sejauh mana kita boleh pergi.
Tak ramai yang percaya impian besar kita.
Takpe, sabar. Nanti dah berjaya, ramailah yang datang balik. Biasalah tu..

Lama-lama baru bijak sket. Dah ada sistem.
Kau bayangkan nak setting sistem order tu je 2 bulan wei.
Ni kalau level budak-budak IM ni, setting tu kacang goreng je.
Hakak kau sorang ni je terkial-kial.

Dah settle tu, perghh..sistematik gile cara kerja. Sangat professional.
Rasa mcm satu achievement la jugak setting semua sendiri.

Customer pun rasa ada curlass beli dari kita.
Baru je bank in kejap tadi, customer dapat SMS sahkan kita dah terima payment dia.
Ejen pun register ada ID sendiri.
Takdelah tah sesapa mengaku dropship padahal tak penah register.

Nak track monthly sale, main tick tick tick je, keluar report, complete segala figure.
Dah reti jual, recruit pulak ejen. Belasah 100 orang terus dalam 2 minggu.
Continue and continue lagi, lengkap 350 orang.

Pastu nak train pulak, sampai tak lena tidur fikirkan segala method yang ada untuk bagi diorang dapat sale letop.
Then muncul la beberapa superstar dari geng ejen tu.

Alhamdulillah, diorang dari zero sampai dah jadi leader pun sekarang.
Main restock hari-hari 4k-5k tu selamber.
Ejen dah pandai jual. Work flow pun dah sistematik.
Mulalah duit masuk tak bagi salam. Tau-tau je dapat email, sale masuk masuk masuk.

To one extend last year, permintaan terlalu banyak sampai production pun migrain nak layan.
Jenuh bercatu. Masa tu bukan masalah tak reti buat sale.
Tapi even beli 70k arini, esok dah kena rembat.

Time tu, followers dah start puluh-puluh ribu. Mungkin sebab percaya kot.
Mungkin jugak sebab tengok kesungguhan kita.
Bila ramai followers, pastilah ada sorang dua haters sesat.
At the other end org lain puji kita, semut pun berkawad men "diva" kan kita, haters pula berangin di hujung sana.

Yang kita ni baekkk punya shopping kat ikea beli pasu renovate office.
Tau tau je..ehh, apehal ada orang meroyan kat aku takde tajuk ni?
Senyum je lahhh..

So u see, masa bisnes tengah berkembang, banyak benda yang tak proper.
Flaws sana sini. Kecewa, penat dan marah tu perkara biasa.
Sabar. Pelan-pelan finetune. Adjust. Nak tunggu perfect, kang apa pun tak start.

Tapi bila dah start letop, semuanya akan jadi best.
Life is so much interesting than expected.
Income harian dan monthly survival budget tidak lagi menjadi topik bualan.
Hanya fikir macam mana nak besarkan income je.

So ingatlah, those yang struggle dan sabar dari awal tulah yang paling banyak untung berbanding yang hanya bermula bila semua dah perfect.

Yang betul-betul teringin nak jadi sebahagian dari tribe saya, masih boleh PM saya. Dropship available. Whatsapp 012-2160047.

Dari FB noraazmin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...