Wednesday, 31 December 2014

Musibah 2014

Kala aku menulis tinggal sejam lebih lagi kita akan menjengah tahun 2015. Wow! cepat gila kan? Pantai Timur baru dilanda musibah iaitu banjir di Pantai Timur. Yang harunya, memang lah sebelum ni Pantai Timur asik banjir, tapi tak seteruk kali ni. Rumah aku yang dah berkurun tak naik air, kali ni naik, siap terpaksa bergelap dan takde bekalan air lah. Teruknya kerana arus deras dan ramai yang tak sempat selamatkan diri. Sedih kan?

tak pernah seteruk ini. Stadium sampai tenggelam, hospital kota bharu pun masuk air. Hospital Kuala Krai bergelap, doktor terpaksa buat bantuan pernafasan pada baby dalam situasi genting, pusat pemindahan di Manik Urai banjir sampai tingkat 3, mereka duduk tingkat 4, ramai juga yang naik bukit bila pusat pemindahan pun naik air, ramai yang berlapar 2-3hari dan macam2 lagi. kita yang melihat jer pun dah rasa tak mampu nak menanggung, ni orang yang hadapinya sendiri. 

ni rumah sepupu aku di Tanah Merah. Katanya air sampai gril langsir, teruk kena, mesin basuh, dapur, motor, tv dan lain2. Pendek kata memang teruklah dengan bekalan air dan letrik pun takde masa tue...tapi tak seteruk mereka di Kuala Krai dan Gua Musang yang tinggal tapak rumah saja. :(

disambung dengan berita kehilangan pesawat QZ8510 dari SUrabaya ke Singapura. Apa? Hilang lagi. Ya Allah. Last jumpa di perairan, sekarang dalam operasi mencari bangkai pesawat dan jasad mereka yang masih tinggal.

dengan berita MH370 yang masih belum ada kata putusnya. Teringat interview member dengan Intan Maizura, isteri rain (pramugara MH370) yang ketika itu sarat mengandung. Bayangkan melahirkan tanpa suami di sisi. Hanya insan yang terpilih mampu menghadapi dugaan ini

bertalu2 ujian. Dengan peristiwa tembakan MH15 ini antaranya mengorbankan sekeluarga yang pulang bercuti. Allahu Akbar, tiada kata mampu diucapkan.


Setelah musibah bertimpa2, apa pengajaran yang kita dapat?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...