Tarikh emel ; 14 Disember 2005
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah
satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur
-
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita
dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan,
dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah"
sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa
meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan
sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok
belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu
malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah
cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut
sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!)
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari
melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan
sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut...dsb), jangan dengar orang
mengumpat."
No comments:
Post a Comment