WASHINGTON - Weekly World News telah
mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di
panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia
untuk memasuki United States!
Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA
yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba
menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar
eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu,"
kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah
mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka
seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat
primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang
susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".
"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk
ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan
demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. kami baru melihat
satu bandar setakat ini, dengan anggaran
2000 orang Mole tinggai di situ.
"Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole
tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka
Bumi".
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit
perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki,
tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki
tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki
itik (webbed), direka untuk menggali, bukan
seperti kuku mole". "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk
menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati
bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu
ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek
Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang
sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole
menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".
"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir
menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari
insiden itu".
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan
makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan
segar.
"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan
bersukaria", mengikut kata sumber. "Amat jelas mereka tidak boleh
menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah
muka Bumi".
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya
mengenai mereka - apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan yang
paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".
"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam
aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka
boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari
angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang hilang. Pakar
juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang serius, termasuk:
Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup
bekerjasama? Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi?
Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi?
Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA di mana
misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang
hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima
tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang
dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran
"mungkin tidak untuk
jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum
bawah tanah itu dalam bulan Ogos tahun lepas ketika sedang menjalankan projek
rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif di mana wartawan
sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah
tanah".
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di
kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan
juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S
mengikut kata sumber.
Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah
muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya.
Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui. Info
ni saya ambik dari website... entah ler betui
atau idok.
No comments:
Post a Comment