Wednesday, 28 October 2015

Mengutuk? Menyumpah? ; Pesanan Rasulullah buat wanita ~ Part 73

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.

Tarikh emel ; 7 Februari 2006

Sebagai  peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah,  di  mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan  Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum  wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. 

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.  Baginda pun pergi ke sana,  dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.  Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di  neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 
"Apakah yang menyebabkan  yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW  menjawab, 
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok  yang boleh menjerumuskan kamu
ke dalam neraka:

1. Kamu banyak  mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian  baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak  bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan  mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

 Contoh 1
Katakan  kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan  marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.  Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,  perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.


Contoh 2
Tengah  memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak  nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad  tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab  yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini,  Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang  dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.


Rasulullah SAW  berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup  engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan  dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak  ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari  Arab).

 [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama  hidup dengan awak, apa yang  saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

 Rasulullah SAW sambung  lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun  kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

 Saranan  Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak 
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti  yang disebutkan tadi.

 Fadhilat beristighfar:
 a. Sabda  Rasulullah SAW : 
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia  tidak akan ditulis sebagai orang
 yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum  nyanyuk di  hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita  beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih  dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah  kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian  kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 
"Siapa yang melazimkan amalan  istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.
 Sifat ham  bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.
 Sifat  hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.  Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta  benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan  anak-anak.

Sedekah :
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang  ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang  baik.
 Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan  hati.   Inilah rahsianya bagaimana hendak  menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri  Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau  sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan  Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga  menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. 

 Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada  Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.  Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,  "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan  tuturkatanya".

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

 Juga  terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 
"Kamu  senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab  yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah,  lembutkan lidah."

 Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW  marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya  terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api  neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari  sekarang.


"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah  SAW"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...