Tarikh emel ; 11 Oktober 2005
Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati
buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satukewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred
yang paling rendah atau yang paling mahal seperti
tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga
RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan
ramadan harganya menjadi lebih mahal.
Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah
yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar
kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohontamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.
Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah
untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal
disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi
satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari
Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa
pernah tersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok
tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok
tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya
Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah SWT untuk menggoncangkan
pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah
tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.
Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat
kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas
selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan
Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah
s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah
pokok tamar betina.
Dan untuk
tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi
kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses
pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di
antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya,
berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan
daunnya
melintuk ke
bawah.
Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun
sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan
debu-debu halus.,Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas
(terdiri,dari,mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok,tamar betina dan,dijalankan
proses kahwin bunga,,ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting
bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang
dari tandannya.
Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti,
ia mseti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak bolehmmelalui binatang ataumditerbangkan
oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurnamjika tidak dicantum
oleh tangan manusia. Buahmtamar tidak akan masak jikamsuhu kurang dari 55oC. Bulan
Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.
Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai
ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok
tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan
untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang
perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh
disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi
debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup
istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang
atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.
Allah pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di
Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok
tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak
sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita....Mula-mula kami
juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak
Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan,
"Gosok pada tangan dan cium," katanya.
“Masya-Allah bau air mani," kata kami
tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua
makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan
oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah SWT jadikan dari lebihan tanah
kejadian Nabi Adam a.s."
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah
saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah
s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan
sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia
sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya.
Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping
mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering.
Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long
dengan senyum lebar.
Petikan artikel dari Majalah Anis keluaran Oktober
2005.
No comments:
Post a Comment