Tarikh emel ; 26 Oktober 2005
Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah
Hjh Siti Khadijah Din sbentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg
dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai
adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama
beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya
dirikan terlalu rendah kualitinya.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima
Allah...umur dah lanjut macam ni pun solt masih di peringkat mediocre, itu pun
kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan
solat,penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk
"menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat
utk solat...sewaktu berdiri tegk sblm lafaz niat :
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa
KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil
dan hinanya kita,
seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa.
Pendek kata menyesal lah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa
BERTUHAN.
Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk
beribadat kepadaNya.
Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam,
mempunyai Tuhan yg
begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih
daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah
kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan
berdiri tegak, bukan ambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan
sebagainya. Fokus.
Setelah bertakbir,penceramah menunjukkan pula cara2
solat yg betul, penuh adab sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg
wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat
takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah
cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di
bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras
dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah
dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam
gemar bergayut2 dicelah lngan(bawah ketiak) utk mengganggu solat
kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk
mereka.
2 )
Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit
dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2
menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan
kiri (agak2 selesa). Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam
kepada rukuk dilakukan dengan penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas
lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga
dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca
"Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir
ketika membaca "rabbanaa lakal
hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah
"penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2
lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan
dirapatkan di bahagian bawah sedikit
dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan.
Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan
kerana dikhuatiri akan melebihi lebih
dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut & kedua
belah kaki (setakat jari saja).
Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala
ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2
kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki
kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar
sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun
menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tangan kanan utk membantu kita bangun
atau kedua2 tangan.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada
ketika menyebut "....illallahh..."
( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka
sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang
kerana malaikat ramai di sekeliling
kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan
sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan
sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk
ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tangan diangkat separas
dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk
sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tangan yg tinggi dan mendongak ke langit, itu
melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya
sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain
yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.
Antaranya:
1)
Tidak
jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai
kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya
carilah kain telekung yg tidak jarang
(antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung
labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju
sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna
kulit jika diamati dari luar telekung.
2)
Kadang2
sewaktu musafir, ada Muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa
telekung saja (tak payah orang lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu
solat, cuma kain di badan saja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai
stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yang dipakai tidak
jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain
stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita. ketika
itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah
mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai
2 lapis.
3)
Ada
kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga
di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yang rambut panjang,jika tidak
ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2
kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat
kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg
akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan
peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak
berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap
kali solat sambil berazam utk membeli
telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat
saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah,
walaupun dari segi khusyuk solat,saya masih merangkak. Yg penting, kita kena
ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah
berbaloi. Jangan pula nanti kita
dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jangan
susah di
alam baqa'.
Sekian
saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap
dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah SWT. da yg buruk itu dari
saya.
No comments:
Post a Comment