Tarikh emel ; 11 Oktober 2005
Dengan Nama
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian
bagi Allah SSWT, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi
Muhammad SAW serta para sahabatnya.
Sejak beberapa
tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam
ramadhan telah tersebar
dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta
media-media massa turut sama
memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi
Islam, TV, radio,risalah-risalah
dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha
menggalakkan umat
Islam supaya
rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang
dimaksudkan itu ialah satu
hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang
sebahagian darinya adalah seperti berikut,
Diriwayatkan
oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan
fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
Malam
Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru
dilahirkan (mendapat
keampunan dari Allah Taala).
Malam
Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul-Ma`mur (sebanyak 70
ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan
supaya Allah mengampuni
dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Dan
kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun
begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang
kedudukan hadis ini, dari
manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah
diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis
lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu
(maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis
ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis
dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya
hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya
didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan
berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan
amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan
diperolehinya.
Dengan
tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis
Rasulullah yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama
kita dahulu. Rasulullah telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang
mengadakan pendustaan atas namanya dengan
ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta
atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori,
Muslim)
Hadis
ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir.
Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada
dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman
supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). Mulla
Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus
riwayat hadis tentang pendustaan atas
nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.
Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang
yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini
maudhu`.
Siapa yang
menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia
tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi,
tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum
seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat,
hadis-hadis nasihat dan
lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek
perkara dengan ijmak ulamak
Islam? seterusnya dia berkata:
Ulama-ulama
telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana
pula dengan orang yang
kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah
pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud:
"Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya.
Apa yang diucapkan tidak
lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis
tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan
terawih dalam bulan Ramadhan
seperti mana kita sering dapati hadis
ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di
reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian
darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya
adalah seperti dia berzina
dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya
adalah seperti
meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak
cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam
Ramadhan yang terdapat dalam
kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:
"Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang
lalu.
(Al-Bukhari)
Dan adakah
tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang
terdapat dalam al-Quran
antaranya firman Allah yang bermaksud:
" Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan
kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak
mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi
mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis
rekaan yang seperti ini mereka akan
bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang
bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap
tidak mahu mengerjakannya.
Diantara
ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad
perawinya ialah
1. Kelebihan
yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat
nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama
dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi
untuk menyamai atau mengatasi
kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi
wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil
sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan
yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia
menyalahi apa yang terdapat
dalam syariat sebagaimana tersebut dalam
Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya
serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya
tidak sesuai keluar dari
mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam
setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya
Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah
mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau
tiga sahaja yang shohih.Yang
lainnya adalah palsu.
No comments:
Post a Comment