Monday, 19 October 2015

Surah Al-Kautsar ~ Part 35

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

tarikh emel ; 29 jun 2015

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1)    Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2)    Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang
        dahaga.

3)    Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah
       dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4)    Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham
        pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)    Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6)    Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan
        solat.

7)    Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan
        bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...