Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?
Tarikh emel ; 21 Julai 2005
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi
muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi
kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi
pesat.
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita
lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA
ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,ada yang jadi lalat
ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,sembahyang makin hari makin
liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang
bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak
kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak
mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu
telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki,
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula
anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi
dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita
pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin
kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama
insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara,
rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah
masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.
Insya-Allah...Allahhuakbar!
Allahhuakbar! Allahhuakbar!)
No comments:
Post a Comment