Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?
Tarikh emel : 10/12 /2004
SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab
Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh
amalannya dan begitu sebaliknya.
Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya.
Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:
Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan
al-Quran, sunnah dan ijmak.
Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang
membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana)
kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah
al-Muddatstsir, ayat 4)
Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara
kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia
kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu
wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah
an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur
yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.
Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang
munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara
dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat,
sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat
Muslim).
Meninggalkan solat
berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang
yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud:
"Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak
ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah
bersama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 43).
Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus
(utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah
mereka." (Muttafaq Alaih).
Tidak thuma'ninah dalam
solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah
solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud
dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada
posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun
ke rukun lainnya.
Tidak khusyuk dan banyak
gerakan dalam solat.
Mendahului atau
menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.
Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului
atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu
untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian
bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan
kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bangun dari duduk untuk
menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.
Memandang ke langit
(atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat. Hal ini diperkatakan
Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada
mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan
pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).
"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat
kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat
at-Tirmizi)
Mengenakan pakaian nipis
yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat
adalah syarat sah solat.
Tidak memakai tudung dan
menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
aurat wanita dalam solat
adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat
wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju
kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."
Melintas di depan orang
yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang
lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu)
empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Tidak melakukan
takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib
dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.
Tidak langsung mengikuti
keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung
mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.
Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang
untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu
Daud).
Melakukan sesuatu yang
melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang
beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat
Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang
rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).
Makruh memejamkan mata
ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi
tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.
Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan,
misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi
kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
Tidak melurus atau
merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu
meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati
kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak memperhatikan sujud
dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami
diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau
mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan
dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)
No comments:
Post a Comment