Sunday 18 October 2015

AWAS!!! sihir boleh membunuh ~ Part 26

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

tarikh emel ; 3 feb 2005

 tiada undang2 yang dapat menghukum si penghasad dengki dan pembunuh kejam ini. 

Sihir membunuh mangsanya perlahan lahan tanpa disedari menyerang pada penyakit yang sedia ada yang sepatutnya senang disembuhkan sehingga habis wang dan harta untuk merawat penyakit yang pelik tapi benar tu.
 
  Jumpa bomoh merata ceruk dan rantau tapi tak jalan, jumpa ustaz sembohlah sekejap pastu jadi balik pastu cari lagi dukun, doktor la, tabib la, pakar dan macam2 lagi kena pau sampai habis beribu ribu. Bagi yang tak mampu  alamaknya tergadai la nyawa. Kalau tak matipun mungkin jadi gila paling kurang bercerai anak bini atau bergaduh ngan mak bapak adik beradik pakwe makwe pendek kata keluarga porak peranda atau hilang pekerjaan atau sumber ekonomi.
 
  Begitulah niat sebenar mereka yang selalu berganding bahu ngan iblis dan syaitan yang tak pernah tidur tu yang memang suka tinggal dalam urat darah manusia asal sakit ati jer sikit buat... dengki sikit hantar...
benci sikit bagi makan...dan bermacam-macam. Mangsanya tak kiralah siapa... raja ke bapak raja ke pembesar ke orang kaya ke alim ke pandai ke tak dapat nak mengelak kalau dah nak terkena...terkena juga...(dengan izin ALLAH s.w.t)kecuali non muslim (kaffir)yang jarang terkena sebab ianya berbeza dengan muslim yang berdarah manis.

  Hari ini kita tengok orang kena besok manalah kita mengetahuinya tapi yang sedih dan tak disangka sama sekali orang yang mengenakan kita tu ialah adik/abang/kakak sendiri, kawan baik,pasangan sendiri,jiran-jiran kerana tamak atau cemburu termakan jerat bisikan tipu daya iblis silaknatullah...
berhati-hatilah...nauzzubillahiminalzzalimi. Syaitan itu adalah musuh yang nyata dan hanya orang2 yang tertentu sahaja dapat melihatnya.

  Maka 'iktiar' adalah yang Paling utama sekali, tanpa perubahan tiadalah perubahan berusahalah untuk semboh seperti sediakala tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati.

  Cara paling baik ialah berdoa dan minta pertolongan dari Allah s.w.t supaya bertemu orang yang betul ikhlas dapat mengubat penyakit tersebut... bak kata pepatah meletur buluh biarlah dari rebungnya. yakni jangan biarkan penyakit tu berpanjangan tanpa anda sedari lama kelamaan memakan diri. Mungkin syaitan menutup mata hati pesakit supaya beputus asa.
  Sekiranya ada tanda2 awal terkena sihir...seperti wajah hilang seri,kelihatan pucat,nafas mengah dan keletihan, lebam dibawah mata,selalu sakit pada urat di belakang tulang kipas tengkuk,pinggang,kaki atau
mana2 urat,kebas,sakit kepala dan pening mudah marah-marah yang berpanjangan jadi malas, mudah tertidur tapi tak nyenyak dan tiada nafsu.Walaupun masalah ini nampak biasa tetapi kesannya boleh menjejaskan hubungan itulah sebabnya syaitan suka pada manusia yang bepecah terbelah dan ia duduk di celahnya memang best yang di celah tu...celaka silaknatullah.

   Awas apa yang termakan!! awas apa yang terminum...debu apakah yang  terlangkah dan terpijak yang ditabur bersama miang rebung yang membuatkan badan miang gatal dan kepanasan. Debu Tersebut di tabur di tempat tidur, mandi,cermin dan lain dengan niatnya di tanam di rumah diperemis niaga atau tempat kerja itulah debu-debu mayat yang kesannya memakan masa supaya mangsa tidak perasan sehinggalah mangsa bermimpi buruk dan demam. Debu tersebut asalnya dari debu mayat seorang dukun. Makin hebat kuasa dukun tu makin power kuasa debu mayat  tersebut mengganggu mangsanya yang mana mayatnya di bakar di ambil abunya kemudian dijampi dan dipuja kemudian dipacking dan diedarkan seperti dadah kepada pengguna (syaitan bertopengkan manusia)  dengan tujuan untuk menghancurkan kehidupan seseorang.Sepatutnya pengedar ini dihukum gantung mandatori seperti akta dadah merbahaya.

   Ada orang yang memenggunakan jenis minyak, yang boleh dipalit di badan, pakaian dll habislah kalau terkena atau termakan minyak orang yang mati dibunuh lagi power ialah minyak dagu yang asalnya dari mayat seorang bayi yang lahir sulung dan kedua ibubapanya pun sulung lahir pada 14 haribulan yang mengambang di bunuh dan salib lantas disalai api di bawahnya sehingga menitis minyak didagunya di tadah dan puja dengan jampi2 sesat semuanya itu hasil dari kerja2 syaitan yang tak pernah tidur yang boleh mengalir dalam setiap anak adam, maka Awaslah bila terkena pasti mangsa hilang akal, gila sampai mati memang ianya cepat dan lebih dasyat kesannya lebih kurang sama kuat dengan jenis logam iaitu besi bhat dari bomoh siam dan juga minyak orang asli
   
   Sekiranya ada barang yang hilang? coli seluar dalam sikat? potret penuh? Nama ibu kandung berhati hatilah sekiranya anda ramai musuh. tak semestinya pelanduk lupakan jerat...
  

   Semoga hidup anda maju jaya... maju anda majulah negara.Selamat di dunia dan di akhirat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...