Tarikh emel ; 23 Disember 2005
LARANGAN-LARANGAN
TERRHADAP AMALAN PERBUATAN &
KEBIASAAN YANG
BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Tidak boleh
sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu
kenyang atau terlalu lapar.
2) Mandi
setelah makan.
3) Sentiasa
berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4) Berada
dalam keadaan terlalu lapar.
5) Berjaga
malam selain dari qiamullail.
6) Memakan
daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR
YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan
daging.
2) Selalu
menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak
mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa
memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam
keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar @ terlalu
kenyang.
6) Memakan
makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG
BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap
banyak.
2) Tidur
banyak.
3) Makan
banyak.
4) Banyak
jimak.
4 FAKTOR YANG
BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Banyak
jimak.
2) Sentiasa
berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3) Banyak
minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4) Banyak
memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN
SENTIASA SIHAT
1) Minumlah
madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak).
2) Sentiasa
meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI
MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan
dari bercakap kosong.
2) Sentiasa
bersugi.
3) Sentiasa
bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU
MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
MAKANLAH,
JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh
lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda
tenggelamkan
keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu,
kemudian ambil
dan buangkan lalat
itu. Ia tidak
beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir,
orang yang
membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.
FAKTOR MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN
1) Melihat
pekara-pekara yang haram.
2) Melancap.
3) Membuang
air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4) Meminum
minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
5) Tidak
membaca Al-Quran.
6) Meminum
atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7) Mengumpat
dan mengata.
8) terlalu
memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9) Asyik
bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10) Terlalu
memikirkan yang bukan-bukan.
11) Sentiasa
berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN
PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang
keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2) Hendaklah
berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik
hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah
hadam.
SUPAYA AIR
YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN
SEBOLEH-BOLEHNYA
JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas
bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) Selepas
berjimak.
3) selepas
makan atau sebelumnya.
4) Ketika
sedang makan.
5) Selepas
memakan buah-buahan.
6) Selepas
keluar dari bilik mandi.
7) Ketika
terjaga dari tidur.
CARA TIDUR
YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH
S.A.W.
1) Tidurlah di
awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau
11.00 dengan
keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah
di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi,
berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian
tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah
dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,
supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.
Tidurlah
sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU
YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal
pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas
masuk waktu Asar.
3) Tidur di
bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR
DI SIANG HARI
Dilarang tidur
di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1)
Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan
warna kulit.
3) Melemahkan
jantung.
4) Menambahkan
tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan
badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan
kecerdasaan akal.
CARA
MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan
tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk
tidur.
2) Hindarkan
dari tidur lewat malam.
3) Lakukan
gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur
sebelum turun
dari katil.
4) Minumlah
segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan
selepas saja
bangun dari tidur.
5) Cucilah
muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk
dan bersembahyang Subuh.
PERKARAYANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Banyak
melakukan jimak.
2) Terlalu
banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3) Banyak
minum air di waktu pagi.
4) Banyak
memakan atau meminum yang seba masam.
SEBAB-SEBAB
UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok
yang berterusan.
2) Kolestrol
yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang
tidur.
4) Sentiasa
mandi di tengah malam.
5) Berjimak di
dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6) Melakukan
kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat
kepada benda-benda kotor.
2) Melihat
kepada palang +/salib.
3) melihat
kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
4) Duduk
dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan
berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak
menangis.
No comments:
Post a Comment