Thursday, 21 April 2016

perkongsian isteri Dr.Zakir Naik

Lambat sikit ulas, tapi takpalah, better late than never - kecoh 1 Malaysia sebab ulama dari India ni. Tapi Alhamdulillah beliau dibenarkan berceramah dengan syarat menukar tajuk yang lebih harmoni.

Bukan Dr.Zakir Naik yang aku nak tulis melainkan last week Karangkraf ada buat sesi sharing dengan isteri Dr.Zakir Naik. Host nya ialah Aliza Kim yang dulunya model international, siap masuk beauty pageant lagi uols, tapi akhirnya memeluk Islam. Cerita yang berinspirasi

ni Aliza Kim, berdarah kacukan Thailand-US, cerita dia revert to ISlam memang best. Siap buat lawak2 lagi. Alhamdulillah, orang yang berkecimpung dalam dunia modelling, yang buat macam2 pun boleh jadi Muslim yang baik, mak pun kenalah jadi lebih baik, bukan duniawi. Haisy

pentas untuk muslimah sahaja. Tiada lelaki dibenarkan masa sharing ni berlangsung. Yang paling menarik sebab kami audien kena berikrar supaya jangan sesekali ambil gambar speaker, selfie takleh, video lagilah atas permintaan Farhat Naik. Majlis dimulakan dengan sharing anak DZN yang dewasa mengenai pengorbanan ibu, kemudian anak remaja  DZN meminta audien petik mana2 ayat Quran/terjemahan kemudian dia sambungkannya. YA ALLAH! terang hati & ingatannya sebab dia boleh ingat dan sambung ayat tanpa teragak2, siap verse2 lagi macam ayah dia. Memang terngaga lah kami. Kemudian barulah isteri DZN sharing ideal muslimah dan sesi q&a

kami dalam dewan. Penuh tau dewan, kalau tak sempat turun boleh duduk dalam audi tapi tengok live streaming lah. 


itu saja. Ari ni cuti, jadi ada masa update blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...