Tuesday, 4 April 2023

Cita-Cita Ada Portal Tercapai Tapi Terkubur Akhirnya...

 Alhamdulillah,

Ucapan pertama aku sebab berjaya 'recover blog' ini kembali selepas lama tak berada di sini.

Jadinya, aku nak update bahawa aku dah ada portal sendiri selepas beriya2 mahu menjadikan portal aku sebagai tempat informatif, maklumat dan lain-lain.

Ya, aku mahu jadi empunya portal yang konon-kononnya portal itu dan memang best rasanya, sangat rasa entrpreneurship, ownership sebab akhirnya aku ada portal. OMG! sebab bila blog kan orang rasa cikai ja, tapi ini portal kot. 

Namanya ohmyklcc.com dan aku kena update juga bahawa ianya telah berakhir bulan Mac yang lalu setelah setahun beroperasi (mac 2022-mac 2023) Inalillah.

Ya, aku tamatkan sebab tak mampu commit dengan kekangan yang ada. Semua kata sayang la dan bla2, namun apakan daya sebab kemampuan memang terhad.

Ini IG yang aku link kan pada FB & website, kat situ jelas ada website ohmyklcc, jadi kononnya nak jadi portal yang informatif dan bla2, siap ada highlight ig dan lain2, macam seronok kan

Topik yang aku cover semua trending tapi more to life style, no gossip dan bla2, lebih kepada entertaiment yang informatif dan pengalaman

yang content pertama tu sam ke ting (langgar sekumpulan budak naik basikal kat Johor) date tulis tu 16 April 2022, see, dekat sebulan gak nak hasilkan 1st story, mau tak pening.      
 

Disambungkan cerita, walaupun aku rasa memang website tu best, diperakui oleh my husband (mestilah dia support bini dia kan) dan beberapa rakan terdekat tapi dengan berat hati aku terpaksa tutup gak.

Ini lebih kurang kos aku : Beginner litespeed - RM79 + Domain registeration RM49 = RM124 ni bayar ke Jimat Hosting + dalam godek2 buat layout website ada lak benda diy, tu yang stuck, so kena bayar orang dalam RM100 = RM224 tak termasuk kos pembelajaran sendiri, survey apa yang baik n tak, perlu ada bla2.

Tengok juga pandangan pakar2 dan bla2, ada yang kata google adsense kata ok, dan ada yang kata cukup ke nak cover semua tu dengan curahan tenaga selama ini.

Dan thats it, 

Cukup.

Aku kena cari benda lain untuk cover walaupun minat aku memang menulis dan tak pernah tamat InsyaAllah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...