Salam,
Ya, aku tahu ini catitan yang on of, yang setahun sekali (aku yang cakap) pun susah sangat.
Tapi, ini sebab tadi aku kemas stor, nak declutter (yang ni juga onn of) tapi bila ambil 1 beg dan jumpa macam2 kenangan, dari tahun 2005 (masa anak sorang), yeah! aku perlu buka blog - sebab ini saja kenangan aku yang takkan luput - selagi blogspot itu percuma kan - aku turunkan di sini ya.
Tengokla comotnya, rasa makan coklat kot ni, tapi ni vintag kan
Pastu jumpa lagi buku2 masa jual tudung dulu haha, ada orang panggil yuran kebodohan, tapi aku panggil yuran pengalaman yang mahal ya.
ok, jumpa pun walaupun kedut, ini resit dengan kilang jahit tudung pukal, semua cari kat IG, takda masalah jahit ok, tapi tu lah, marketing lak tak cun haha |
Lepas tu buatla detail, kononnya nak jual online, tapi harem...shopee pun lum ada masa ni |
swap ig review, nak free kan, kena like komen ikut jadual, dan benda ni byk keja, tak nampak segera kejayaannya |
Aku kalau buat keja memang bersungguh, swap ja lah selagi boleh kekdahnya |
ni pulak kiraan promo bagi bawal pucci free marketing katakan - pelakon Zaryn ada, sampel, bagi magazine Harmoni dan Mingguan Wanita la. haha |
Ni paling sedih, total bawal pucci 345 helai, tapi korang tengok berapa ja terjual setakat 21/12/2016 (masa ni dah resign)sedih wooo |
list tukang jahit dan nak letak kat vendor mana, vendor tu tak silap letak RM100 sebulan tapi sales yilek, ya la kita ni sapa kan |
So, moral of the story, ko takkan tau selagi ko tak cuba dan bila aku dah cuba ya, bisness not so in me lah