Wednesday, 30 September 2015

AL ISRA’ WAL MI’RAJ - Part 5

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

emel bertarikh : Julai 2008

Antara salah satu peristiwa besar yang berlaku pada bulan Rejab adalah peristiwa Al Isra wal Mi’raj. Kebanyakan para ilmuan mengatakan peristiwa Al Isra wal Mi’raj berlaku pada 27 Rejab. Allah SWT berfirman: “Maha Suci Dia (Allah) yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al Aqsa yang diberkati kawasan sekitarnya, untuk dipertontonkan bukti-bukti kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (surah al Isra’: 1)

Al Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah daripada Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsa di Palestin pada hanya sebahagian malam. Al Mi’raj pula bermaksud perjalanan Rasulullah dari Masjid al Aqsa menuju ke Sidrat al Muntaha (melepasi lapisan langit ketujuh) dan menerima kefardhuan solat daripada Allah SWT.

Peristiwa Al Isra wal Mi’raj adalah peristiwa yang luar biasa dan tiada manusia yang mampu merencana perjalanan sehebat peristiwa ini. Justeru itulah Allah SWT memulakan ayat ini dengan memuji DIRINYA yang tidak terbanding dengan mana-mana kekuasaan dan kebijaksanaan yang lain.

Antara pengajaran utama daripada peristiwa Al Isra wal Mi’raj adalah seperti berikut:
1.    Keutamaan Solat
Allah SWT mewahyukan kewajiban solat secara langsung kepada Rasulullah SAW tanpa melalui sebarang perantaraan dalam peristiwa Al Isra wal Mi’raj. Pada asalnya manusia diperintahkan untuk menunaikan solat 50 waktu sehari semalam. Walaubagaimanapun perintah tersebut dikurangkan sehingga hanya 5 waktu sehari semalam sebagaimana yang kita laksanakan pada hari ini. Rasulullah mengatakan sesiapa yang mengerjakan solat 5 waktu sehari sebagaimana yang diperintahkan, akan mendapat ganjaran seolah-olah mengerjakan 50 waktu sehari semalam (hadith riwayat al Bukhari). Para Ilmuan Islam mengatakan bahawa “Solat adalah mi’raj bagi seorang Mukmin (orang beriman)”. Solat juga menjadi pembeza di antara iman dan kufur.

2.    Kemuliaan Masjid al Haram dan Masjid al Aqsa
Dalam ayat yang disebutkan di atas, disebutkan dua masjid secara jelas iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al Aqsa di Palestin. Masjid al Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Mekah. Bahkan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis adalah tanah suci umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah. Masjid al Aqsa juga merupakan masjid yang kedua tertua selepas Masjidil Haram iaitu dibina 40 tahun selepas pembinaan Masjidil Haram di Mekah (Hadith riwayat al Bukhari). Malangnya pada hari ini, Masjid al Aqsa menjadi saksi kepada jenayah kemanusiaan yang paling buruk dalam sejarah dunia dan tidak ada mahkamah di atas dunia ini yang boleh menjatuhkan hukuman kepada Regim Israel yang merampas tanah dan menyembelih Umat Islam dan sebahagian penganut Kristian dan Yahudi di Palestin.

3.    Hikmah di sebalik ujian
Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas Rasulullah SAW mengalami tahun yang penuh dukacita. Baginda kehilangan isteri yang tercinta, Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib hampir serentak. Tambah memilukan kedatangan Baginda ke Taif (sebuah negeri di luar Mekah) bukan sekadar tidak disambut tetapi Baginda dilemparkan batu oleh pemuda-pemuda upahan sehingga baginda luka parah. Walaubagaimanapun Baginda terus berdoa agar Allah member hidayah kepada penduduk Taif biarpun mereka menyakiti Baginda. Segala dukacita Baginda diubati dengan anugerah yang Maha Besar; perjalanan ke langit untuk bertemu dengan Tuhannya! Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa betapa kesusahan pun yang kita alami dalam hidup, kesusahan itu tidak akan berpanjangan, bahkan kesenangan dan kebahagiaan pasti dinikmati andai kita sentiasa sabar dan bijak mengurus segala cabaran yang mendatang serta bertawakkal kepada Allah.


Tuesday, 29 September 2015

Salasilah Nabi & Rasul - Part 4



Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?



emel bertarikh : 2/12/2009







sekilas renungan - part 3

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

emel bertarikh 28/4/2006 - jumaat


Air  Mata Nabi Adam

Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis,  beliau menangis selama 300 tahun.  
 Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa  Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari  ada 24 jam.? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala  Jengking Neraka

Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  lima  orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu  bapanya. Keempat,  orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."
 
Sampaikan  kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup  hingga keakhir hayat , Insya'Allah .  
 Wassallam.  
Arlen M


~ Dahsyat Juga Ilmu Shirik 'Sihir'... ~ part 2

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?


Subject: ~ Dahsyat Juga Ilmu Shirik 'Sihir'... ~
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,di sini saya nak berkongsi pengalaman yang dialami oleh seorang cikgu, ini adalah kisah benar bukannya rekaan, dan diharap dapat beri kebaikan kepada semua, satu malam cikgu tersebut terjaga dari tidor dan didapati anaknya yang berusia dalam lingkungan 4 tahun tiada, cikgu tersebut cari anaknya dalam rumah tapi tak jumpa, kemudian dia telefon seorang ustaz dan beritahu apa yang telah terjadi, sebagai iktiar ustaz tu pesan jangan buka pintu atau tingkap rumah sehingga azan subuh.
 
cikgu tersebut ikut apa yang dipesankan oleh ustaz tadi, bila selesai sahaja azan subuh didapati anaknya sedang tidur di tempat tidurnya. kemudian dia telefon kembali ustaz tadi dan beritahu anaknya dah dijumpai. ustaz tersebut bagi tahu itu kerja orang yang guna sihir untuk menculik budak-budak kecik, dan sekiranya pintu atau tingkap dibuka maka hilanglah budak tersebut.

dengan ini agar kita semua berjaga-jaga dengan apa yang terjadi, jangan panik, banyakkan berdoa. sekiranya terjadi perkara sedemikian diharapkan agar tidak membuka pintu atau tingkap sehingga azan subuh kerana
ianya masih di dalam rumah, melainkan pintu atau tingkap rumah yang telah terbuka.
 
Diharapkan menjadi panduan dalam kehidupan kita yang semakin mencabar.
 
Wasalam. 


 

Monday, 28 September 2015

Doa-doa ~ Part 1

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?



Tapi sebab dah nak clearkan emel, so letak sini, boleh juga kongsi dengan pembaca kat sini. Sepatutnya ada tulisan Quran, tapi blog takleh baca. So baca maksud pun jadilah ya.


Sebelum berdoa


Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dengan pujian yang banyak, yang baik dan diberkati di dalamnya pada setiap keadaan. Pujian yang mencukupi segala nikmatNya, dan meliputi segala kelebihanNya. Ya Tuhan kami, bagiMu puji-pujian yang pantas sesuai dengan kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu. Maha Suci Engkau tiada terhingga, sanjungan kepadaMu, demi Engkau, sebagaimana Engkau menyanjung diriMu sendiri. KepunyaanMulah segala puja dan puji sehingga Engkau meridhainya.

Lapang dada dan lancar lidah

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah aku seorang pembantu dari keluargaku, (QS. 20:25-29)


Qunut Nazilah



Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.





Ya Allah ampunilah kami, wahai Yang Maha Pengampun. Dan maafkanlah kami, wahai Yang Maha Mulia. Dan kasihilah kami, wahai Yang Maha Penyayang. Ya Allah tinggikanlah Islam dan orang-orang muslim. Dan rendahkanlah syirik dan orang-orang musyrik. Ya Allah tolonglah Islam dan orang-orang muslim. Dan hancurkanlah kekafiran dan orang-orang musyrik. Ya Allah tolonglah orang-orang menolong dien dan hinakanlah orang-orang yang menghinakan dien-Mu. Ya Allah, rahmatilah ummat Muhammad saw. Ya Allah rahmatilah orang-orang muslim di ..... (sebutkan tempat) Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ya Allah, bahwa sesungguhnya saudara-saudara muslim kami disana benar-benar dalam kegelapan dunia. Tidak ada daya dan kekuatan pada mereka. Ya Allah, sesungguhnya diantara mereka terdapat anak-anak yang dicincang oleh kaum kufar dan dilemparkan ke dalam api. Dan sesungguhnya diantara mereka terdapat janda-janda yang disiksa dengan benar-benar siksaan. Ya Allah, seandainya Engkau tidak menolong mereka, maka siapa lagi yang akan menolong mereka selain Engkau. Ya Allah, seandainya Engkau tidak mendukung maka siapa lagi yang mendukung selain Engkau. Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Arahamar rahiimin. Ya Allah tolonglah saudara-saudara kami yang berjihad dimanapun mereka berada. Ya Allah tolonglah saudara-saudara kami yang berjihad di ... Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh mereka dari golongan Yahudi, komunis, dan antek-anteknya. Ya ALlah yang menurunkan kitab, turunkan kepada mereka adzab. Ya Allah guncangkan mereka dengan guncangan yang dahsyat, dan koyakkanlah mereka dengan setiap koyakan. Ya Allah cerai beraikan kelompok mereka cerai beraikan persatuan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Mendoakan orangtua (ayah dan ibu)
"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". (QS. 17:24)
. Supaya ditambah ilmu

"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan". (QS. 20:114)

Sesudah membaca Al-Quran


Ya Allah rahmatilah aku dengan Quran yang agung jadikanlah dia bagiku ikutan dan cahaya petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkalah kepadaku apa yang aku tidak ketahui darinya, anugrahkanlah kepadaku kesempatan membacanya pada sebagian malam dan siang, jadikanlah ia hujjah yang kuat bagiku. Wahai Tuhan sekalian alam.
Ketika menghadapi kesedihan, kelemahan, kemalasan, takut, kikir, banyak hutang dan penindasan


Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung kepadaMu dari kemalasan dan aku berlindung kepadaMu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepadaMu dari tekanan utang dan paksaan orang lain.

Dianugerahi putera yang soleh

Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak-cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
(QS. al Furqan, 25:74)


Doa Rabithah


Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syari’atMu. Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan keindahan bertawakkal kepadaMu. Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu. Matikanlah dia dalam syahid di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.



Diberi cahaya (nur)


Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di kuburku, cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada tulang-tulangku. Wahai Tuhanku, besarkanlah bagiku cahaya dan berikanlah bagiku cahaya dan jadikanlah padaku cahaya dan tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya.
(h.r. Muslim dan Ahmad)





Ilmu, ketenangan, taqwa, dan ‘afiat


Ya Allah,kayakanlah daku dengan ilmu, hiaskanlah diriku dengan ketenangan jiwa dan muliakanlah diriku dengan taqwa dan elokkanlah diriku dengan afiat.

Tambahan ilmu, rezki dan kesehatan


Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezki yang luas dan kesembuhan dari segala rupa penyakit.
.








Untuk akhir doa

Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. (QS. 37:180-182)

Akhir tiap doa (terutama yang panjang)

Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa-doa kami, karena sesungguhnya Engkau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhNya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan semoga dilimpahkan kepada junjungan pemimpin para Nabi dan Rasul Muhammad saw, atas keluarganya serta para sahabat semuanya.
Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang bersih dari sifat-sifat kekurangan. Dan semoga keselamatan dicurahkan kepada para Rasul dan segala puji bagi Allah seru sekalian alam. (h.r. Nawawi)
Doa mereka (ahli surga) di dalamnya : "Subhaanakallaahumma" (Maha Suci Engkau ya Allah), dan puji sanjung mereka disana : "Salaam" (Selamat), dan akhir doa mereka adalah : "Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin" (Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam). (QS Yunus, 10:10) 

Wednesday, 16 September 2015

Bisnes? Part 1

Siap ada beberapa Part okey. ;))

Ceritanya begini - bila sebut orang Kelantan ja, mesti ramai yang kata orang Kelantan minat / suka / ada bakat / sukses berniaga. Jadi, bila aku bagitahu yang aku ore Kelate, (selain rupaku yang memang TAK LANGSUNG rupa minah Kelate - yang ni cerita kemudian. Ke dah cite?) ramai juga yang tanya napa aku tak bisnes? Sebabnya ramai juga yang sekapal dengan aku, dah buat bisnes walaupun sedang bekerja, - jual tudung bawal lah, brooch, pes tomyam dan macam2 lagi.

bukan senang nak bisnes, tapi tengok abah rileks jer.. hahaha. 
Memang lah aku tak sehebat mereka ini - walaupun aku sendiri berasal dari keluarga bisnes (abah buka kedai makan/restoran sementara ma sendiri tukang masak) - laki bini memang bisnes dari dulu sampai sekarang - benda yang sama. Walau angin ribut melanda pun - memang abah setiap hari akan buka kedai - tanpa gagal.

ni pic google, tapi lebih kurang camnilah abah & ma bisnes restoran. Hebat sungguh mereka ini. Orang lama yang rajin. Tak macam aku. erk! sila lempang diri sendiri.
Entahlah nape, macam berminat tapi macam nak buat apa sebenarnya? Aduhai...
Adakah kerana penyakit M?
Zon selesa?
Takut persaingan?
Entah!

Begitulah hari demi hari berlalu dengan sayangnya. Kan?

Tapi nak kata aku takda bakat berniaga? Nope. Aku ada cuma banyaknya separuh jalan.

Darjah 5&6 tahun 89 = masa tu kan tengah popular name card yang ada pelakon kantonis popular kat sebelah tu. Masa tu aku jadi agen. Ala2 penjual yang ambil order dan guna money order kat Pejabat Pos order ke Penang. 10 kad = RM3. Kalau aku dapat jual 10 order, maka aku akan dapat free 10 kad tue. Lawak kan? Bukan untung pun, tapi keseronokan berniaga tu susah nak diungkap dengan kata2. Malahan sampai sekarang macam tak berapa caya, aku boleh buat, ambil duit, pegi pejabat pos, berurusan dengan syarikat di Penang. Masa tu mana ada media sosial semua, cuma ada telefon ja. Jadi, semua berteraskan kepercayaan.

ni juga dari google. aku punya dah tentu lah ntah mana2, tapi memang best lah...serius. dapat free walhal nak beli bukan mahal pun tapi seronok sebab proses berniaga tu sendiri menyeronokkan


Tingkat 1-3 awal 90an = masa ni dah upgrade sikit. Bukan namecard saja, ada macam2 produk macam hiasan atas meja yang bola2 bergerak dan lain2. Masa tu orang yang tak percaya aku buat, tapi aku telah buktikan sebaliknya. Rasa bangga pun ada. Haha. Tapi setakat tu je lah.

takdalah canggih gini, tapi lebih kurang camni cuma yang gelung letak pen takda dan saiz kecil skit.


Pastu aku diam. Masa belajar kat USM, di kala ramai galak beli kain pasang, tudung bawal untuk dijual kepada kawan2, aku tak buat apa2. Ada juga yang berniaga kerepek, jajan, aku masih diam. Entahlah, mungkin sebab takda tekanan kot.

Dah kerja, umur 23 ke atas - di kala ada member yang bangun pagi, buat nasi lemak untuk dijual kat opis, aku tak buat apa pun.

Bila dah kawin, rasa nak berniaga tu datang balik. Masa cafe takda, aku goreng keropok kemudiannya dijual kat luar. Mula2 rajin lepas tu bila dah tak berapa laku, rasa give up pun ada pastu stop.

Duduk kat majalah Pesona Pengantin - hati pun berkobar2 nak buka butik lah, berangan nak jadi mekap artis, sampai rasa nak amik kelas mekap, nak buat door gift lah, nak buat hantaran, dan macam2 lah. Tapi yang hado.

Duduk kat majalah Nur pula ilhamkan aku macam nak buat tudung sendiri lah, baju jenama sendiri lah dan macam2. Haha. Sebenarnya sampai sekarang benda tu masih ada, tapi tu lah...aduhai.

Dalam pada itu, sebenarnya aku dah buat beberapa bisnes juga antaranya
2005 - 'edited' Videograpgher - ari tu macam tak teringat. la ni baru ingat. Mula2 kitaorang buat bisnes video wedding. Walaupun aku buat majalah Pesona Pengantin, tapi bukan bermakna senang2 aku nak guna kemudahan sebagai 'orang pakar'. Bermodalkan video camp yang memang dah ada, kitaorang buat job. Tahun 2005 aku ingat sangat sebab siap bagitau pengasuh lagi minta tolong jagakan dira (masa tu dia setahun lebih) untuk buat job malam. First job (hahaha), cer teka berapa kami amik? RM150 untuk nikah dan sanding. Murah giler kan? Pastu bukan senang weh. Nak edit, masukkan lagu, ada juga still photo, insert sekali nak bagi nampak menarik. Pastu upgrade lah sikit, dalam RM500 gitue, tapi tak lama sebab orang tak amik sangat video, mungkin bajet. So weols stop, tapi banyak jugalah video, dalam belas kot.

2006-2008 - Ingat lagi, masa tu aku deduct loan ASB, dapat lah dalam 7K, so discus dengan encik suami nak buat apa, kami decide nak beli kamera dslr. study kat forum cari nak beli apa, pro n kon canon vs sony, last2 amik sony d70, masa tu mahal wei, body saja dah 4k++, tak kira lagi flash, lens, gedebuk kira habis lah total yang dapat tu. Jadi, bermula lah job kami suami isteri. Lakiku snap dan aku ala2 mak andam suruh pose itu ini. Masa ni dah ramai dah tiru style Saiful Nang. Haha, kira banyak jugalah job kami, dah lupa dah berapa, sampailah dah beranak 2 pun kitaorang masih buat job ni. Tapi memang murahla, maklumlah biasa2 ja. kira 1 roll =RM150. 1 roll lak dalam 36 keping. gitue lah, siap album kasi free lagi. Nangis tak? Tapi ok lah, merasa kira2 balik dapatlah balik modal dan rerun duit tu. Tapi dah tak teruskan sebab dah takleh lawan dengan photographer yang bagi harga lagi murah (betul ni) pastu tak larat dah tua. haha.

ni wedding adik aku. Ni je yang ada dalam simpanan. yang lain ntah ke mana dah. Tapi seronok, jumpa macam2 orang, ada yang bini no. 2-ops. ada yang minta diskaun giler2,..haha, macam2



- 2009- jual kek lapis. Yang ni aku amik dengan seorang isteri ke2 pakar motivasi terkenal. Tapi masa tu dia tak kawin lagi. Masa tu bulan puasa, siap ada sampel semua. Memang laku weh. aku jual, Untung adalah walau pun tak besar. Tahun depannya pula aku jadi agen jual biskut raya orang lain pula.

awww...sedapnya. best berniaga kek ni. sebab 2x aku amik dengan penjual yang sedap. jadi customer memang puas hati


- 2010 - pegi Indonesia - Mangga 2. Beli tudung - masa tu tudung sarung yang awning dia tebal tu. Beli lebih 20 kot, bawa balik nak jual. Aku siap pegi GM Klang, beli patung, dalam RM58 nak jual kat online, tapi tak terbuat. Kat opis pun tak laku sebab memang tudung tu tak laku di Malaysia. Haha, beli juga telekung tapi tak berapa jalan juga. LAst2 aku letak bawah katil. Aduhai

nampak tak garu2 kepala sebab tak tau nak pilih yang mana. Maknanya aku terlebih awal dari brand yang ada sekarang ni, tapi tu lah, semuanya sekerat jalan, banyak faktor lah.
- 2011 - agak serik nak ke oversea semata2 nak menjual, jadi aku google jual contact lens warna & juga siap beli lens case untuk dihadiahkan kepada pembeli. Mula2 memang pasaran laku keras. Untung pun ok lah sebab tak keluar mana pun, jual kat budak opis je. Sampai ada member tu cakap, aku jual benda baru, sebab kebetulan time tu raya, orang lain sibuk jual kuih raya, aku jual lens raya. Tapi bila dah laku, aku amik batch kedua. Disebabkan masalah sama - orang yang sama, so, adalah dalam kurang 10 tak laku. Haha, nasib baik amik tak banyak

Diameter : 14.7mm 
B.C : 8.6mm 
Enlarging Effect: 16.0mm 
Water Content : 38~42% 
Life Span :1 Year 
Price : RM30
caption takleh blah. hahaha
- 2012 - teringin nak meniaga kain - pegi Vietnam sampai 2x ambil kain cotton & jual kat opis - Masa tu instagram tak macam sekarang - laju. Facebook adalah. Tapi tak sempat sebab ramai yang membeli. Seronoknya jual dengan budak ofis sebab tak perlu dorang bayar segera. Dorang pun ok, ambil dulu Tunggu dapat gaji pun boleh. Tapi kelemahannya sebab jaringan tak besar. Masa mula2 laku tu, aku dan suami terus amik tiket ke Vietnam sekali lagi amik kain cotton. MAsyaAllah, memang giler lah tengok kain cotton yang macam2 rasa nak beli semua. Balik jual ada yang laku tapi sebab ofismate orang yang sama, jadi adalah yang tak laku. Ya lah, takkan nak beli selalu kan? Ada lah dalam 20 pasang tak laku. Modal dah berapa dah. Last2 aku bagi kat adik2 dan ipar duai. Lepas kali kedua tu, aku siap pergi bengkel memborong ke Vietnam kt Shah Alam. Kursus tu setengah hari, RM60 ja. Tapi bila aku dengar sebenarnya, banyak yang sama dengan aku menimba sendiri pengalaman tersebut. Tapi tak mengapa. ok je.Haha

besh sungguh2. lagi2 lah time tu duit murah okey. dalam 1usd = RM3.20, sakan lah mak memborong ok. Luv sangat. Dengan orang sana yang peramah (penjual katakan) panggil kakak, abang - dorang pandai pancing kita. aduyai, kalau ada duit rasa nak pi lagi. Tapi dengan tukaran sekarang 1usd =rm4.50 tu. lupakanlah ya. 


- 2013 - aku slowkan sikit bisnes, nak buat apa ya, sekejap jual bedak Arab, amik dalam 5 set. Laku. Lepas tu aku diam sebab marketnya budak opis ja. Tak lama ada ja orang tanya nak beli sampai baru2 ni pun ada orang tanya lagi, tapi tu lah, takkan nak menjual kalau setakat lakunya cuma tak sampai 10?

- 2013 - dalam masa sama aku ada jual juga tudung bawal yang aku amik kat Kilang Kota Bharu. Cantik sebab masa tu masih baru style tu kat sana. Kiranya habis semua lah, yang tinggal pun yang reject2 ja. So happy, tapi tu lah nak balik Kelate semata2 nak beli tudung bawal, tak berbaloi.

bawal yang aku beli tu ala pelangi dan jahit double layer siap2, bukan yang juma pakai ni-simple sangat. aku jual murah ja, dalam rm15-20, Alhamdulillah, laku. Sekarang brand aidijuma memang meletup2. haha


- 2014 - aku ke Rantau Panjang, beli skirt dan kain batik. Skirt adalah 2 orang kawan aku amik, kain batik laku untuk orang yang nak bersalin ja - pakai time pantang. Tapi bila aku tanya ramai opismate. rupa2nya dorang jenis tak pakai kain batik. tidur ke dok rumah pakai pants. ok salah percaturan.
Oh! Aku jual novel aku. haha, beriya mak menjual.

ni bukan kain batik, tapi nak cakap aku berusaha amik gambar (encik suami) dan jual online, konon-tak sempat melekat sebab dah ada member beli


-2015? - sibuk weh. di kala semua orang sibuk berniaga. Aku lak slow.

Kesimpulan part 1 - berniaga tu seronok tapi berniaga juga ada risiko. Aku belum sampai tahap risiko tu lagi. Bukan bermakna selesa, tapi risiko dengan komitmen yang banyak ni memang aku tak berani.

Saturday, 12 September 2015

Diari Pesakit 6 - Pantang makan yang huwaaaa...



Bab makanan memang benar2 menguji mata, perut, nafsu & segala2nya.

Kalau dulu - akulah penggemar tegar daging merah iaitu daging lembu & kambing (tak kesahla panggang, gulai, goreng, sup - apa sajalah, memang sedap dimakan). Kalau Raya Haji lak, memang licin lah pinggan, siap menambah2 lagi. Lagi lah raya kat Kelantan, pagi2 gi sembelih lembu dah makan daging, pegi ziarah member dijamu daging, kat rumah sampai malam sampai beberapa hari. Huhu, sampai naik jemu dah.

Belum cerita kambing lagi, satu family suka makan. Selalu gak lah aku panggang kambing yang marinated (ada penah buat sendiri sos dan ada juga pakai sos sedia ada). Dulu2 minta bibik bakarkan - sebab susah nak hidupkan api. Tapi sejak dah takda bibik ni, gantikan dengan pemanggang ajaib. Senang giler dowh. Pendek kata seminggu sekali mesti makan. Hayoo.

gambar ni bertarik Jun 2013. Kambing gril ori & BBQ, pergh! Encik suami kata dah macam Tony Romas. Anak2 lak memang suka kambing, siap ratah2 sungguh lah. Aduh, sekarang takda dah semua ni.

Tapi kalau seafood-aku kureng sikit. Adalah makan juga cuma takdalah hardcore sangat. Sejak kahwin ni je, sebab encik suami memang suka seafood - udang, sotong, kerang, lala, kepah & segala makanan laut. Ikan lak cuma ikan jenis besar2 je dia suka cam siakap, kerapu untuk dimasak 3 rasa, stim, kukus dan lain-lain.

26 April 2014. Belum detect sakit lagi. Resepi oleh kawan, yang atas ketam bersalut telur masin, bawah kari ketam bersama nenas. Memang semua sukalah. Adui! Sekarang? Semua dah takda, 

Fast food - sebagai budak kampung, aku kenal KFC masa habis exam SPM. Serius, tak tipu. Dulu2 mana lah ada akses sangat nak ke Kota Bharu & benda2 tu semua hanya ada di bandar besar. Jadi, dah lepas SPM, baru lah ma & abah benarkan ke Kota Bharu dengan kawan2, masa tu lah baru tau kelazatan ayam goreng KFC. Memang kenalah slogan dia - sampai menjilat jari. Haha.

Bila dah masuk kampus, makan bila keluar ke bandar. Tapi bila dah kat bandar, makanan segera tu dah jadi salah satu alternatif kalau malas masak. Maksudnya tiba2 balik rumah, takda benda nak masak, penat terus cari restoran makanan segera, tak kesahlah KFC, Mc Donald, A&W, Burger King, Nandos, Pizza Hut dan lain2.

november 2012. Tengok, semua masih kecik lagi. Mia pun beriba lagi. Carls Jr yang sangat sedap. Fast food sampai sekarang masih ada cuma takdalah kerap macam dulu.


Kat kampus lak, makanan popular mesti maggie kan? Haha. Kalau masa bujang, mesti ada sardin, biskut manis dan lain2.

April 2011 - kira fast food tak? Manhatta Fish Market, dengan fries, ikan, udang, lala dan macam2 lah. Dah lama tak merasa camni. 

Makanan manis- sebagai ore Kelate, mesti susur galur aku dah sebati dengan makanan manis. Setakat makan roti canai cecah gula tu perkara kecil saja, air teh o ais manis letin, kuih muih macam nasi manis (wajik), kuih manis lain tu standard lah. Tapi sejak kawin, aku kurangkan manis dengan sendirinya tekak aku dapat merasa manis lalu menolak.

mac 2010 - sebenarnya sampai sekarang aku tak boleh skip 100%. Susah. Memang susah. Cuma aku ambik skit2 buat rasa. kadang2 terhabis juga banyak. Pastu rasa bersalah tak sudah. huhu


Makanan bergoreng - Pergh! Sapa tak suka weh. Kalau masa kecik2 tu, aku goreng ike kering, minyak lebihan tu mesti curah ke nasi, kononnya nak bagi rasa2 sedap. Tapi, sumpah sedap wei! Bila dah besar aku tak wat camtu lah. Cuma, makanan bergoreng macam ayam goreng, telur goreng, kuawtiaw & 1001 makanan bergoreng tetap sedap dimakan.

nasi ayam penyet 2012 - kicap & sambal - pergh! memang tekanan betul lah, tu kadang2 aku makan jer, lepas tu baru lah gatal tekak2

2011 tapi sebenarnya sampai sekarang aku masak, kuahnya ikan kerisi & udang, sambal belacan. Memang kesukaan encik suami dan anak2..aduyai. kalau makan tak sah kalau tak berpinggan2.

tengok2 nasi tomato ada lauk ayam masak merah, daging kurma dan acar rampai lagi - 2011. Huahuah


Buah & Sayur - ewwwww....apa tu? Not in my list okey. Kalau makan pun jenis kat dalam nasi kerabu saja. Yang lain sorry.



Setelah meneliti senarai makananku yang panjang itu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa antara punca sakit kanser aku datangnya dari tidak seimbangnya pemakanan harian aku. Jadi, setelah mengalami pelbagai pengalaman yang menyakitkan, aku mula atur balik jadual pemakanan.

Segala benda yang manis - aku tolak, cuma kadang2 terliur aku amik juga. Air manis langsung takda dalam list. Memang air suam/sejuk je. Tapi tu lah bila dah sedap makan, tak sedar rupanya dah berapa biji....Huwwaaaa

Daging merah - memang aku pantang betullll...ye ke betul??? hmmm, ada lah time raya ari tu makan gak. Terliur weh! Bayangkan kalau dah semua orang semeja sedap makan kambing, aku cuma makan ayam? tak mencabar langsung! So, ada curi2 makan. Lakiku memang support bab ni - sebab dia kesian kat aku, tapi bila kena dengan ma - hahaha, kenalah tazkirah. Tapi, janji dah rasa, so takpelah kena leter pun.

makanan bergoreng - susah nak kurangkan sebenarnya. Sebab aku keja, berhadapam dengan member2 semua yang kalau petang mesti cari pisang goreng la, donut lah, kadang2 mee goreng - begitu menggugat jiwa & raga.

Orang boleh cakap senang - fikir kesihatan - tapi kita yang terbau ni, perut lak berbunyi2. Aduyai

Buah & sayur - ni memang list utama aku. Dah lebih dari sebelum ini, cuma disebabkan aku masih ambil benda berasid, jadi benda beralkali ni tak dominan.

Huwaaa..sedih kan?

Ya Allah, kuatkan imanku untuk terus istiqamah dalam pantang makan. MAsih panjang perjalanan aku untuk ku pulih dari sakit ini. AMin2

Wednesday, 9 September 2015

Diari Pesakit 5 - Terkena demam & sakit tekak

Teruk sangat jerebu sekarang. Kalau pegi keja pagi2 pun memang jerebu je lah kat luar sana. Kat Sarawak lagi dasat. Cuma kat Semenanjung masih 'okey' tapi masih tak sihat.

Nak dijadikan cerita. Lepas je kerja hujung minggu ahad, aku dah mula seram sejuk. Hati dah - eh! apa ni wei. Esok nak keja. Editor baru nak start kerja esok selepas cuti bersalin.

Petang tu dalam kul 5 badan dah mula panas, tekak makin perit. Aku cakap dengan suami, memang tak larat masak. Ok, takpa, dia beli bungkus.

Malam tu - berbungkus selimut - sejuk mengigil - sakit tekak - batuk. Beberapa kali bangun gi toilet, minum air nak bagi hilang sakit tekak - tak jalan juga.

Esok paginya yakni isnin - memang sah demam panas dan tekak perit sampai nak telan air liur pun sakit wei - Sakit ni mengingatkan ketika aku terkena sakit tekak nak menelan makanan tahun lepas. Bezanya yang tu ada benjol - yang ni takda. Makin meresahkan sebenarnya.

Jumpa doktor - cek tekak - memang merah keseluruhan (patutlah sakit teruk sangat), demam 37.9 - walau bukan demam panas. Kira demam lah. Doktor cek leher - katanya ada macam biji - bukan benjol - Ah! Sudah. - Aku dah perasan awal benda tu macam 4 segi. apa lak dah.

Doktor tanya bila next appoiment dengan onkologi - bulan disember? OMG...yalah. Sebab last cek bulan 6, doktor puas hati dengan result darah dan Rai aku bulan 2. So, gap 6 bulan.

Aku cuma jumpa doktor endokrin hujung bulan 9 ni. - Alternatifnya aku banyak minum air jarang - limitkan makanan pelik2 (bersos/ protein haiwan/ manis) sambil aku kumur ubat yang doktor bagi & hisap yang macam sakit tekak tu.

Serius 2 hari tu aku sakit sangat. Allah nak duga aku. Solat pun duduk, sebab rasa melayang2. Makan ok tapi cepat lapar - sah! Sistem pencernaan aku masih masalah. 

NAsib baik lah budak2 cuti sebab exam UPSR - dorang dok rumah kecuali Mia. Jadi suruhla buat keja rumah yang ringan2. JAdi, ringan lah skit maknya. Takyah pening nak sental baju sekolah yang hitam itu...huhu

Malam ketiga, aku tekadkan diri. Apa nak jadi - esok kena g kerja gak. Ya lah, banyak lagi assigment belum buat sey. huhu

Hari rabu yakni hari ni - Alhamdulillah kepala rasa ringan - demam pun dah hilang - cuma sakit tekak masih ada - memang lambat.

Hari ni aku menolak semua offer dari kawan2 iaitu kek, goreng pisang, lunch sekalipun aku tak. Semuanya sebab aku dah serik kena demam teruk & sakit tekak yang belum baik betul lagi.

perut pedih sebab tak lunch - aku cuma kirim beli jambu tanpa perasa saja. Itu sajalah peneman aku sepanjang hari. Memang sakit perut sebab  lapar. AKu isi dengan minum air. Ya Allah, balik rumah - masak nasi, ayam goreng dan bayam air. Ayam tu aku cuma amik isi2 skit ja. Nak ambil buat rasa. Alhamdulillah, kesihatan makin ok. Sampai aku boleh menaip ni walau jam dah 11.45 malam. Walhal aku keja full day dengan tak makan lagi.

Kesimpulan - kalau jaga makan - hanya makan benda2 yang 'raw' yang asli tanpa perasa, pengawet, sos, dalam tin semua. aku boleh jadi lebih sihat. TApi, dugaannya - Allahu Akbar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...