Friday, 4 September 2015

Serius, rasa dah tua

Pernahkah anda berasa ramai rakan sekerja di sekeliling memanggil anda akak?
Pernah tak berlaku kejadian iaitu rakan sekerja bercerita mengenai tukar pampers, anak bangun tengah malam, anak dah pandai berjalan dan yang seumpama dengannya?
Pernah tak anda berasa keseorangan kerana tiba2, topik yang anda utarakan macam tak kena dengan jiwa mereka?

Aku pernah dan sedang mengalami situasi tersebut.

SITUASI yang mana sekeliling aku adalah adik2 - gen Y - yakni beza umur antara kami 8 -14 tahun. Jurang yang cukup besar dan tinggi.

Jadi, biar aku terangkan situasi dengan lebih jelas.
Aku di Majalah Nur, dengan editor lebih kurang sebaya, reporter ada yang umur 50 (yang ni aku cerita kemudian), 28 dan 2 orang lagi 24 tahun.

Disebelah kanan aku, Hijabista Magazine, purata umur mereka antara 21-30 tahun

Disebelah kiri aku, Majalah Dara, purata umur 27-37. Okey, yang ni macam okey skit.

Tapi bila dibesarkan skit kawasan ukuran tersebut - bergantung kepada majalah - yakni, majalah yang kekeluargaan dihuni oleh mereka yang sebaya dengan aku dan ada beberapa kerat yang bawah 30. Tetapi bila melihat senario majalah entertaiment - semuanya gen Y. Semua yang pasti bicara mereka sangat berbeda dengan aku.

Ok, berbalik kepada topik perbualan yang terkeluar dari skop kerja. Kalau skop kerja - takda masalah sebab kami semua sama. Ia cuma akan menjadi 'janggal' bila memperkatakan sisi peribadi seperti soalan2 diatas, yakni mereka sedang membincangkan hal anak yang baru berjalan sedangkan anak kau semuanya sedang bersekolah rendah. Sementelah mereka berkongsi tempat shopping pampers dan susu murah sedangkan kau bergelut dengan anak yang mahu baca komik saja.

Jadi, perbualan 1 hala ini memang tidak selari. Jadi, di kala mereka berbual sebegitu, apa yang aku buat hanya melayari internet. Atau paling susah, cari sahaja member yang berada di majalah Kekeluargaan. Cuma ketika kita cari, mereka tiada sebab ada hal lain.

Hmmm, berkenaan panggilan akak di sekeliling pula, aku tiada masalah. Ia mengingatkan aku mengenai umur yang sedang meningkat. Jadi, beringat tu mesti lebih walau kadang2, berborak sama naik dengan adik2.

aku tak tahu di agensi lain sama ada swasta atau kerajaan. Adakah mereka yang sebaya dengan aku mengalami masalah jurang yang sama?

Kalau ya, takpalah. Pandai2 la bawa diri ya. Okey, itu sahaja setakat ni. Jumpa lagi nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...