Kalau dulu - akulah penggemar tegar daging merah iaitu daging lembu & kambing (tak kesahla panggang, gulai, goreng, sup - apa sajalah, memang sedap dimakan). Kalau Raya Haji lak, memang licin lah pinggan, siap menambah2 lagi. Lagi lah raya kat Kelantan, pagi2 gi sembelih lembu dah makan daging, pegi ziarah member dijamu daging, kat rumah sampai malam sampai beberapa hari. Huhu, sampai naik jemu dah.
Belum cerita kambing lagi, satu family suka makan. Selalu gak lah aku panggang kambing yang marinated (ada penah buat sendiri sos dan ada juga pakai sos sedia ada). Dulu2 minta bibik bakarkan - sebab susah nak hidupkan api. Tapi sejak dah takda bibik ni, gantikan dengan pemanggang ajaib. Senang giler dowh. Pendek kata seminggu sekali mesti makan. Hayoo.
gambar ni bertarik Jun 2013. Kambing gril ori & BBQ, pergh! Encik suami kata dah macam Tony Romas. Anak2 lak memang suka kambing, siap ratah2 sungguh lah. Aduh, sekarang takda dah semua ni. |
Tapi kalau seafood-aku kureng sikit. Adalah makan juga cuma takdalah hardcore sangat. Sejak kahwin ni je, sebab encik suami memang suka seafood - udang, sotong, kerang, lala, kepah & segala makanan laut. Ikan lak cuma ikan jenis besar2 je dia suka cam siakap, kerapu untuk dimasak 3 rasa, stim, kukus dan lain-lain.
26 April 2014. Belum detect sakit lagi. Resepi oleh kawan, yang atas ketam bersalut telur masin, bawah kari ketam bersama nenas. Memang semua sukalah. Adui! Sekarang? Semua dah takda, |
Fast food - sebagai budak kampung, aku kenal KFC masa habis exam SPM. Serius, tak tipu. Dulu2 mana lah ada akses sangat nak ke Kota Bharu & benda2 tu semua hanya ada di bandar besar. Jadi, dah lepas SPM, baru lah ma & abah benarkan ke Kota Bharu dengan kawan2, masa tu lah baru tau kelazatan ayam goreng KFC. Memang kenalah slogan dia - sampai menjilat jari. Haha.
Bila dah masuk kampus, makan bila keluar ke bandar. Tapi bila dah kat bandar, makanan segera tu dah jadi salah satu alternatif kalau malas masak. Maksudnya tiba2 balik rumah, takda benda nak masak, penat terus cari restoran makanan segera, tak kesahlah KFC, Mc Donald, A&W, Burger King, Nandos, Pizza Hut dan lain2.
november 2012. Tengok, semua masih kecik lagi. Mia pun beriba lagi. Carls Jr yang sangat sedap. Fast food sampai sekarang masih ada cuma takdalah kerap macam dulu. |
Kat kampus lak, makanan popular mesti maggie kan? Haha. Kalau masa bujang, mesti ada sardin, biskut manis dan lain2.
April 2011 - kira fast food tak? Manhatta Fish Market, dengan fries, ikan, udang, lala dan macam2 lah. Dah lama tak merasa camni. |
Makanan manis- sebagai ore Kelate, mesti susur galur aku dah sebati dengan makanan manis. Setakat makan roti canai cecah gula tu perkara kecil saja, air teh o ais manis letin, kuih muih macam nasi manis (wajik), kuih manis lain tu standard lah. Tapi sejak kawin, aku kurangkan manis dengan sendirinya tekak aku dapat merasa manis lalu menolak.
mac 2010 - sebenarnya sampai sekarang aku tak boleh skip 100%. Susah. Memang susah. Cuma aku ambik skit2 buat rasa. kadang2 terhabis juga banyak. Pastu rasa bersalah tak sudah. huhu |
Makanan bergoreng - Pergh! Sapa tak suka weh. Kalau masa kecik2 tu, aku goreng ike kering, minyak lebihan tu mesti curah ke nasi, kononnya nak bagi rasa2 sedap. Tapi, sumpah sedap wei! Bila dah besar aku tak wat camtu lah. Cuma, makanan bergoreng macam ayam goreng, telur goreng, kuawtiaw & 1001 makanan bergoreng tetap sedap dimakan.
nasi ayam penyet 2012 - kicap & sambal - pergh! memang tekanan betul lah, tu kadang2 aku makan jer, lepas tu baru lah gatal tekak2 |
2011 tapi sebenarnya sampai sekarang aku masak, kuahnya ikan kerisi & udang, sambal belacan. Memang kesukaan encik suami dan anak2..aduyai. kalau makan tak sah kalau tak berpinggan2. |
tengok2 nasi tomato ada lauk ayam masak merah, daging kurma dan acar rampai lagi - 2011. Huahuah |
Buah & Sayur - ewwwww....apa tu? Not in my list okey. Kalau makan pun jenis kat dalam nasi kerabu saja. Yang lain sorry.
Setelah meneliti senarai makananku yang panjang itu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa antara punca sakit kanser aku datangnya dari tidak seimbangnya pemakanan harian aku. Jadi, setelah mengalami pelbagai pengalaman yang menyakitkan, aku mula atur balik jadual pemakanan.
Segala benda yang manis - aku tolak, cuma kadang2 terliur aku amik juga. Air manis langsung takda dalam list. Memang air suam/sejuk je. Tapi tu lah bila dah sedap makan, tak sedar rupanya dah berapa biji....Huwwaaaa
Daging merah - memang aku pantang betullll...ye ke betul??? hmmm, ada lah time raya ari tu makan gak. Terliur weh! Bayangkan kalau dah semua orang semeja sedap makan kambing, aku cuma makan ayam? tak mencabar langsung! So, ada curi2 makan. Lakiku memang support bab ni - sebab dia kesian kat aku, tapi bila kena dengan ma - hahaha, kenalah tazkirah. Tapi, janji dah rasa, so takpelah kena leter pun.
makanan bergoreng - susah nak kurangkan sebenarnya. Sebab aku keja, berhadapam dengan member2 semua yang kalau petang mesti cari pisang goreng la, donut lah, kadang2 mee goreng - begitu menggugat jiwa & raga.
Orang boleh cakap senang - fikir kesihatan - tapi kita yang terbau ni, perut lak berbunyi2. Aduyai
Buah & sayur - ni memang list utama aku. Dah lebih dari sebelum ini, cuma disebabkan aku masih ambil benda berasid, jadi benda beralkali ni tak dominan.
Huwaaa..sedih kan?
Ya Allah, kuatkan imanku untuk terus istiqamah dalam pantang makan. MAsih panjang perjalanan aku untuk ku pulih dari sakit ini. AMin2
No comments:
Post a Comment