Monday, 11 January 2021

I'm back - 2021 January - sad news? bad things on 2020?

 Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Last update April 2019 - tu pun buh majalah ja. lawak naaa

Means, aku dah hampir 2 tahun tak jengah sini. Mujur lah ingat lagi password naa

Ok, kita start dari penutup 2019 ya, macam-macam cerita yang kena hadap. Malas nak kenang.

2020 - ok2 ja, ma makin sakit, aku sempat balik kampung sekejap untuk jaga ma (yang banyak jaga adik2 la sebab dorang kat kampung)

lepas tu bila cuti sekolah mula, aku balik Johor dan tiba2 dapat mesej Ma dah takda.

Sedih toksah citer. Ratu Hati, orang pertama yang kita kenal di dunia sudah pergi tinggalkan kita. Dan aku tak bersama.

Bila sampai aku hanya nampak jasad saja, Allahuakbar. berat sungguh beban yang ditanggung. sejuk tangan dan kaki ma. Masa kebumi pun semuanya dipermudahkan. (nanti bila sesuai, aku akan buat entri khas)





Selepas beberapa hari tahlil, tiba2 kes Covid-19 (masa tu tak tau apa pun) jadi 1 negara kena kuarantin, baru paham PKP tu apa, jadi terus laju ke KL balik 17 Mac tu, 18 Mac terus PKP 

Kat bawah ni, copy paste dari Harian Metro

Berikut adalah sejarah fasa pelaksanaan PKP susulan penularan pandemik COVID-19 di negara ini:

  • 18 Mac 2020 : Muhyiddin mengisytiharkan PKP berkuat kuasa 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

  • 25 Mac 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan peningkatan kes positif COVID-19.

  • 10 April 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April untuk mengelakkan penularan kembali wabak Covid-19 selain memberi peluang kepada petugas kesihatan untuk memerangi virus berkenaan.

  • 23 April 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei.

  • 1 Mei 2020 : Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai 4 hingga 12 Mei.

  • 10 Mei 2020 : PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.

  • 7 Jun 2020 : Muhyiddin mengumumkan PKPB digantikan dengan PKPP yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos.

  • 28 Ogos 2020 : PKPP dilanjutkan sehingga 31 Dis.

  • 12 Okt 2020 : Kerajaan mengumumkan semula pelaksanaan PKPB di Sabah (13 hingga 26 Okt) manakala Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 14 hingga 27 Okt.

  • 24 Okt 2020 : PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan sehingga 9 Nov.

  • 26 Okt 2020 : PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 Nov.

  • 7 Nov 2020 : PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 Nov sehingga 6 Dis.

  • 20 Nov 2020 : PKPB di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan pada 21 Nov.

  • 5 Dis 2020 : PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan selama 14 hari bermula dari 7 Dis hingga 20 Dis.

  • 18 Dis 2020 : PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan hingga 31 Dis.

  • 28 Dis 2020 : PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021.

  • 1 Jan 2021 : PKPP di seluruh negara dilanjutkan lagi mulai 1 Jan hingga 31 Mac depan.

  • 11 Jan 2021 : Terbaharu, enam daerah di Sarawak diletakkan di bawah PKPB oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak.

  • No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...