Sebab ini PKP kedua, jadi rasanya ok2 ja.
Lagipun aku memang suka dok umah. Buat itu ini, kerja macam tak pernah habis. Jadi cepat jer masa berlalu.
Kali ni nak cerita pasal menu sepanjang PKP ini.
Baru ja buat artikel ni, Pasal Kek Batik Cheese Indulgence.
Jom tengok apa yang dah tulis (malas nak buat story baru uols)
Lupakan Dalgona Coffee, kini ada resipi baru yang harus dicuba untuk PKP 2.0 ini, iaitu Kek Batik Indulgence.
Biarpun ianya tidak semudah minuman berkafein sebelum ini, namun jika
anda mencuba dan berjaya membuatnya pasti seisi keluarga akan tersenyum
riang.
Kemewahan Kek Batik Indulgence ini terserlah dengan gabungan tiga
bahagian utama iaitu kek batik, krim keju dan juga ganache nya.
Pembuat kek tersohor, Muhammad Ali tidak lokek berkongsi resepi mewah ini dengan ahli FB Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Sumber kat sini ya FBMahn
- Resepi Kek Batik Indulgence
Bahan kek batik
- 4 biji telur
- 200gm mentega
- 300gm biskut merry
- 3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
- 2 sudu gula
- 4 sudu susu pekat
- Secubit garam (pilihan)
- Loyang 7 inci
Cara membuat kek batik
1) Panaskan mentega sampai cair dan masukkan semua bahan kecuali biskut, gaul sampai pekat.
2) Tutup api, biarkan dalam 2-3 minit, baru masukkan biskut.
3) Gaulkan dan mampatkan dalam bekas. Letak dalam peti sejuk antara 30- 40 minit.
- Bahan Cream cheese/ indulgence- 120gm whipping cream- 40gm gula kastor- Setengah sudu kecil esen vanilla- 250g cream cheese- Gelatin (terpulang, kalau nak bubuh gelatin 10gm + 40ml air panas)Cara membuatnya1) Masukkan bahan-bahan diatas kecuali whiping cream & gelatin2) Pukul sampai rata dan masukkan whiping cream dan gelatin3) Tuang ke atas kek batik tadi.4) Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam.
- Tujuan gelatin untuk potongan kek yang lebih cantik dan strukturnya lebih kukuh. Tetapi terpulang kepada cita rasa.
No comments:
Post a Comment