Wednesday, 30 October 2013

jalan jem? kata warga kota...





"Apa? 2 jam pegi, 2 jam balik?" Ada orang tak caya bila aku nyatakan statistik ni
"Dah macam keja kat Melaka lah ye?" Sorang lagi komen.
"Haah, kiranya macam itulah." sekadar berbasa basi.

                                                        

Bunyi macam tak logik, tapi kalau anda berada di kota besar, pastu umah lak kat pinggir bandar (contoh terdekat mestilah en.suami - duk Klang, keja kat Mont Kiara), kira jem tu dah jadi makanan harian dia. 2 jam pegi tu kalau dia kuar lambatlah, let say, kul 8 dari umah. memanglah dekat2 kul 10 baru sampai. Err..itu ikut tol ye, bukan jalan dalam @ mana2 kononnya nak elak tol. Tapi kalau semua dah bertumpu kat KL, keta lak banyak, memang gitu jelah jadinya.

Kecuali, kalau dia gerak, kul 6.40 dari umah (lepas hantar anak dan aku), barulah dia sampai dalam tempoh sejam @ cepat pun 50minit. Kira cepatlah tu. Itu citer pi keja. Lum masuk lagi citer balik keja. lum citer lagi bila Selangor cuti, KL keja, lum kira perayaan dan hari jumaat. Masak2. Tapi dah life camtu...nak tak nak harung gak.

                                              
Kalau kebetulan aku ada asigment kat KL, jadi kenalah menumpang dia nak balik umah. Ada sekali tu kitaorang gerak 5.15 petang, nak kuar punyalah susah. Hujan lebat lagi. Masuk NKVE jem, berebut dengan lori lagi (dah macam dorang lak balik office hour, tak menyempat2). Dengan motor kiri dan kanan lagi, pastu hon lori yang ntah hapa2. Nampak lak dari jauh jalan jem, nape yer...bila dah dekat, rupanya keta rosak. Erk! Nak2 lady driver, sian wooo...Lagi teruk kalau ada eksiden. Pastu dengar lak berita jem kat radio. Pendek kata jem is everywhere.

Dah setel NKVE, subang, masuk Kesas pun jem, aku dah tepuk dahi. Ingat dira balik umah camna, memang selalu ingatkan dia kunci, tapi risau tetap ada (lakiku kata, aku paranoid, tak caya anak boleh wat sendiri). Mama ni pikir macam2 kan. Dengan 2 beradik kat nursery lagi. OT tu jangan citerlah, penuh je setiap bulan.

Jadi, begitulah alkisahnya. Nak wat cmna, nak beli umah mahal, kenalah beli pinggir bandar. Lainlah Nabil, nak beli umah terus dapat umah free bernilai 1 juta lebih dengan syarat jadi duta syarikat tu. Rezeki orang,

                                                       

Dyan eaza - selagi masih mampu, kerja untuk menampung keperluan. Tu yang jadi ralat bila ada ketirisan kat mana2 tue..hmmmm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...