Tahun ni turn Johor.
Tapi takdelah bermakna aku tak balik terus ke tanah air tercinta.
Biasanya aku akan ambil beberapa hari cuti untuk balik Kelate masa minggu ke2/ 3 raya
Tapi memandangkan aku tak sihat lagi & nak masuk wad lagi 18 ogos ni, so aku batalkan trip tersebut.
Sedih
Memang sedih, tapi takpelah.
Bila sihat nanti aku balik.
Ma pun kata yang penting aku pulih betul
Huhu, terharu
Ok, citer raya
Raya kat Johor ni menunya lebih meriah berbanding Kelate.
Sebab apa aku cakap camtu,
Sebabnya menu dia hari2 berubah.
Hari pertama :-
1) Ketupat dalam kelongsong - haha, klasik kan? sebab kami kat Kelantan makan ketupat pulut.
ni lah rupanya setelah direbus. Memang cara orang lama sebab mak mentua aku ni orang lama. Kalau orang muda2 macam aku ni, cukup rebus ketupat nona jer, sebabnya nak anyam kelongsong pun tak lepas2 lagi sey. |
3) Rendang daging
4) Sambal udang
5) Serunding ikan - yang ni lain, sebab dia campur kelapa parut dan ikan kerisi, gaul semua jadilah serunding ikan. Sedap dan memang tak ramai yang masak. Orang lama2 je masak nie.
6) Lemang - yang ni jiran bagi
semua makanan di atas sila google, sebab aku memang tak snap gambar pun. Aku cuma makan ketupat, kuah lodeh dan serunding ikan. Yang lain seram nak makan.
Hari ke2 - Soto & segala sampingannya macam daging ayam, tauge, sambal kicap, kacang tanah, bawang goreng dan lain2. Kuah dia pergh..terangkat. Tetapi disebabkan aku takleh makan semua tu juz letak nasi impit, kuah dan bawang goreng itu pun dah membahagiakan.
Hari ke 3 - Laksa Johor. Yang ni aku dah tak tahan. Takkan tak makan kan? So aku makan jer laksa dengan kuahnya iaitu campuran ikan kerisi dan udang segar. Hah! amik ko, malam tu terasa berdenyut2 leher..takpelah, janji dah lepas, lepas ni tak makan dah.
Hari ke 4 - Nasi lemak, pastu kami dah balik Klang....
taraa....selamat hari raya semua :) |
No comments:
Post a Comment