Friday, 26 February 2016

Diary Pesakit 11 - Minum RAI (hari pertama Kuarantin)

Pagi rabu aku ke PPUM. Untuk RAI - yakni RAdioaktifiodin - panjang noo bunyinya kan?
Satu batch dengan aku adalah 4-5 orang. Dalam 2 bangsa Cina, 2 bangsa India & aku sorang. Kat situ dah kita boleh baca - bahawa kekerapan untuk kena penyakit kanser bukan bangsa Melayu kan? Kerap kena adalah bangsa Tionghua, kemudian Melayu, barulah India dan lain-lain. Tapi kenapa yang kita dengar berakhir dengan kematian adalah Melayu. Ini sebab Melayu lambat dapat rawatan awal. Bila ada simptom pun lengah2kan (aku pun penah-boleh baca citer dulu2). Lepas tu bila dah tau pun extend lagi dengan harapan dapat rawatan alternatif, tapi benda tu memang cepat - dia makan sel badan kita terlampau cepat sampai kita tak sedar dalam badan kita dah penuh 'sel jahat'. Jadi bila dah teruk sangat - ke hospital - dah metastatik (stage 4- yang selnya sudah berada di mana2 bahagian badan - seperti hati, usus, limpa, tulang) memang takda ubatnya - Ia ngeri. tapi ia perlu ditelan. Bukan aku yang cakap, doktor yang cakap - dorang ada statistik.

bahan bacaan ketika menunggu - dulu rasa macam tak terlintas langsung nak baca midi, ya lah untuk 40an kot. Tapi bila sekarang rasa ilmu tu memang dekat aja dengan diri. Tapi sayang dah kena tutup. Sayang tul. Sebab aku memang aku suka membaca tapi orang sekarang cukup dengan gajet. huhu

Ok, berbalik pada situasi aku - yang datang adalah dari pakcik & makcik. Haha. Nampak sangat aku ni dah sebaya mereka (diukur dengan kadar kesihatan-kesian mak kan)- yang ada tu dalam 50an ke atas. Ada sorang auntie bangsa India tu siap borak dengan aku tanya pengalaman pertama ke? Aku cakap tak, ini kali ke3 dah. Oh! - Dia baru kali pertama- doktor bukan sel kanser, takdaoperation tapi nak bagi remove, kena buat RAI. Bila aku tanya umur dia bape, dia cakap 71. WOW! Sebab dia nampak macam umur 60an, dalam 61/62. Sebelum dipanggil - dia sempat bagi tips - even sayur & buah pun skrg bahaya, byk sembur bahan kimia, jadi kena basuh dengan air garam, rendam dulu, baru masak. Haha- memang fakta yang ramai tahu tapi ramai juga tak buat. Sabar je lah

Rabu - setelah nurse panggil, aku jumpa Doktor hensem. Haha. Mulalah akal nak berfikir macam novel kan? Namanya Dr.Iqbal. SPecky, muka nerd tapi ada rupalah. Usia dalam lewat 20an kot. Tanya aku macam2, pasal anak bla2, tapi bila tanya pasal pantang. Aku ni pun dengan lurus bendul cakap, aku ada termakan gak lah - telur skit, roti skit. Dia diam, pastu dia tanya sehari ke berhari2?. Aku kata tkdalah berhari2 juz adalah makan gak. Pastu dia nk gi tanya physician. Aku pun apa lagi - kutuk diri sendiri! Adui - yang gi gatal dok bagitau semua tu nape? Buatnya dia cancel kan. Satu hal lagi nak amik cuti lagi - pantang lagi. Pastu dia datang, tak jumpa physician. Aku tanya takleh buat ke? Dia kata tak pasti - takut gangguan CT Scan tu - Kantoi! AKu pun sedih betul. Bukan buat muka sedih tau. Ni sedih tul2. Pastu nurse suh duk luar.

tetiba ada doktor mike plak. Haisy. pasai apa. Doktor kacak yang viral ini sekadar sendalan. Imaginasi penulis

Alah - dah tau dah muka aku pelik. Lakiku tanya nape. Aku jawab doktor hold dulu. Muka dia dah macam 'What?'. Huhu. salah sendiri kan. Terjongol2 kepalaku nak tengok kot ada misi panggil. Hampa, terlayan lah plak Mentor Milenia Qu Puteh. Haisy. Nama orang lain dipanggil dulu. Sampai la pastu misi panggil, doktor yang kacak tu kata ok, physician kata tak ganggu. LEGA. NEXT TIME - kalau dah buat salah pun, jangan ngaku. Haha - jangan ikut perangai aku ya kengkawan.

So, bila dah masuk, physician pun bagilah bla2 tau pantang2nya gini2 semualah. Banyak juga doe. Siap dia pesan, orang awam sehari takleh jumpa, tapi kanak bwh 12 tahun yakni anak2ku kena kuarantin 3 hari serta ibu hamil. Huhu. nangis dalam hati ja.
Kalau ikut ilmu physician, dia kata boleh ngandung selepas 3 bulan, tapi kalau ikut ilmu onkologi, aku memang dah takleh hamil sebab sisa radioaktif dan nak rawat cancer lagi. Jadi, sudah bersyukur dengan 3 cahayamata. Amin

Masuk untuk minum - haisy berdebar lagi nampak muka poison tue. tapi takdalah aku nak langgar etika snap gambar kan. Physician tu ada kat situ. Haha, dalam tiub ja. 5mci =10ml. terus amik penyedut, sedut. dah habis, dia tuang air suling nak bagi clearkan semua. Rasa? Macam air garam. Biasa ja. Tapi hakikatnya? Radioaktif.

ni pic google ya. memandangkan aku tak dapat snap, macam tu lah lebih kurang, kena habiskan yg dalam tiub tu.


So bila dah minum kena dok jarak jauh semeter dari semua orang. Haha. Lepas ni dok dalam kereta pun belakang & silang - jadi mem besar. Lakiku siap gurau. Habislah sperm tak subur, badan pun rasa panas - Ok! gurauan orang dewasa (harap jangan amik berat)

Balik rumah - terus masuk bilik & start kuarantin. Semua asing2. Makan pun nasi putih & ayam goreng. Ya Allah, memang kena berkorban semua nikmat. 2pm - dira balik, dia tau mama ada dalam bilik. macam ketuk2 pintu. Tapi aku buat derk. Memang takleh jumpa kan? Buatnya terbantut anakku, sapa nak jawab. So hati2 ja lah.

Petang magrib dalam 7.20 Qimi & Mia sampai. Aku siap pesan kat DIra jangan bagitau adik2 dia. Nanti kang dia dok ngetuk. Tipu sunat takpala. Tapi mia sebelum tido tanya, bila boleh jumpa mama kat hospital, papa? Takke hiba ko dengar? Papa kata sabtu pagi. Surprise.

Malam tu sementara dorang salin jadual, buat keja sekolah, aku diam dalam gelap, cuma kipas je pusing. Lepas dorang semua siap, tido awal. Memang papa jaga, disiplin sungguh budak2 ni. Cer mama yang jaga, ada ja excuse macam2. Haha, barulah mak buka lampu. Adui. Sedih sungguh kan?

Ok, Cukupla, esok sambung lagi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...