Monday, 22 February 2016

Dunia kahwin / Dunia bujang - kawan dah tak sama

Biasa kita dengar kawan masa senang - ramai & masa susah - tiada / hilang.
Tapi apa yang aku nak tulis ni berbeza. Ia bukan sebab ramai/tiada/hilang. Ia disebabkan kitaran hidup seseorang menyebabkan benda ni berlaku.
Macam susah nak paham kan? - Aku tak reti nak bagi analogi macam orang lain, jadi aku bagi fakta teruslah ya.

Bila ko masih belajar / dah kerja, ko akan ada ramai kawan kala susah & senang. Itu simple matematik. Sebab ko hidup solo. Dorang pun dok solo. Masing2 jaga hal diri sendiri ja. Jadi, bila begitu, kalau ko nak share kegembiraan - dorang ada untuk bersama. Begitu jua kesedihan sebab putus cinta ke. Mereka ada sebab mereka pun ada masalah yang sama & nak cari orang untuk bercerita / melepas perasaan.

Tapi bila ko kerja & kahwin - ko akan share dengan suami/isteri kan? Kawan bujang tadi pun dah kawin. Masing2 ada komitmen yang tidak berbelah bagi pada kerja, rumah tangga, anak & peribadi. Semua itu bukan sebab ko takda kawan masa susah. Tapi itu adalah kitaran hidup yang kita perlu faham.

Jadi katakan ko tengah sedih, ko dah share dengan pasangan kat rumah tapi bila datang kerja, ko nak share dengan kawan ni - dorang pun ada masalah sendiri. Ko nak bercerita serba sedikit pasal masalah ko sendiri (bukan masalah anak - sebab anak ni ramai ja ada cerita bersama). Mungkin ada orang dengar & mungkin juga sebaliknya - Ini adalah kerana semua ada komitmen & takda masa nak fikirkan masalah ko sorang walaupun ko sebenarnya setengah mati menahan sakit - aku bagi contoh ja.

Apa yang perlu dilakukan? - Bercerita bila ditanya saja. Sebab bila ko bercerita tanpa orang tanya - benda tu akan jadi bosan - one way communication. Come on - kita bukan zaman belajar dimana ko boleh habiskan 1 malam cuma dengan bercerita kucing yang mak ko jaga mati. Lain beb.

Macam aku sendiri. Mula2 rasa sedih juga sebab takda orang nampak concern pasal aku sakit. Ya! tak semua orang tahu aku sakit pun tapi dengan kawan2 baik aku mengharapkan ia lebih dari itu. Bukan sekadar bertanya khabar. Eh! ada ke tanya khabar? Haha - maksudnya aku mahu dibelai lah kononnya. Tapi mati hidup balik - Taklah. Selagi ko boleh buat kerja dengan baik - sama level dengan orang lain. Selagi itu mereka akan anggap ko ok. Kadang2 tertanya, dorang ni tau tak kawannya menuju kematian?. Haha

Dont- dont judge them! Industri media memang sibuk. Aku tak nak komen kerja lain sebab aku tak tau. Yang aku tau - kalau kerja gomen, ada cuti 2 tahun untuk rawat penyakit kritikal. Kat swasta? Ko jangan harap! Takdanya nak begitu. Selagi fizikal ko bertahan - ya buat keja! - Tak! Aku tak merungut, cuma bercerita benda yang fakta. Dan faktanya memang begini. Di swasta kita menjana pendapata. Jika kita sudah tidak menyumbang harap paham2 sendiri. Bagilah pada orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah, aku masih boleh bekerja sama level dengan orang lain. Allahuakbar. Nikmat mana yang ko dustakan?

Bila dah 3x nak masuk RAI, aku cakap dengan kawan2 aku pun mereka kata good luck ja. Aku faham sebab sekarang memang bz. Lusa yakni jumaat-ahad ada KArnival KArangkraf di mana kami ada 6000 helai shawl SBU & Benang Hijau untuk diberi secara percuma pada setiap pembelian majalah. Eh! Korang datang tau! Banyakkkkkkkkkk sangat shawl free nak bagi - sempat iklan nooo..

Member ada hal lain yang perlu difikirkan, nak cari hadiah, nak siapkan bahan, nak bungkus hadiah, nak siapkan baju, nak setelkan tagging, nak buat prop. Selang beberapa hari lak ada final Pencarian Ikon Nur & mereka setelkan tanpa fiza (cuti bersalin) & tanpa aku - MC seminggu. So takyah nak sentap/ takyah nak sedih sebab semuanya sibuk tahap dewa. Bila dah kurang staf, faham2 la sendiri ya beban kerja itu.

Alhamdulillah, kerja ok. hari ni nak setelkan sikit lagi artikel sebelum tolong dorang setelkan hadiah shawl percuma itu K -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...