Monday, 29 February 2016

Penting sangat ke nampak putih?

Taraaa....
Kenapa masukkan dalam isu semasa? Tak membabitkan kepentingan masyarakat sejagat pun?
Ya. Tapi itulah fenomena sekarang. 'Qu Putih, Qu Putih, barulah Putih.' - kata Jutawan yang telah sponsor program hiburan Gegar Vaganza, Mentor, AJL, macam2 lah. Sekarang lak team TRW dengan siap 3 juta kot bayar kat TV3 untuk life Kelantan - ok - tu bab lain.

Ni nak cite bahawasanya dewata raya bla2. Segenap segi orang nak putih. Muncul lah produk yang popular, tak popular, repack, produk korea, produk Siam mali. produk local dan macam2 lagi lah. Produk yang so claim bebas kimia walhal ada hidroqunoin pun ada dik non.

Belek surat khabar - takyah tunggu ahad pun, ramai gler dok menjual produk pemutih. siap ada testimoni yang real (kononnya) - sapu 5 minit terus nampak beza keputihannya. OMG. Dasat noo, kepakarannya. Memutihkan - mencerahkan.
Buka tv lak - rancangan Wanita Hari Ini, ada produk ni, Go Shop pun ada. Kat RTM siap ada program khas.
Tu belum masuk cite kat media sosial lagi, facebook & Instagram. Siap tunjuk gambar peha sebelah menyebelah lagi. Pergh! takleh nak bayang - kegilaan mereka yang nak cantik di Malaysia ni.

Sampai anak aku kata "mama, nak cerah juga. semua kawan dira pakai krim pencerah" Mamanya tengok atas bawah. Diam. Dira kan dah cerah macam Cina, nak cerah macam mana lagi? Maksudnya budak2 sekolah renda pun ada yang rasa rendah diri sebab tak sama level dengan kawan. Walhal dia jarang tengok tv kot. So, mana dia tau pasal cerah2 tu? Dari kawan2 dia yang tengok cite ni lah kan.

Zaman aku sekolah menengah dah ada sebenarnya produk pemutih ni. Dari Siam. Aku tak pakai lah walaupun teringin sebab nengok seksanya sepupu aku nak cantik. Kena berkurung kat rumah dalam 2minggu (masa tu kulit nak menggelupas sebab nak dapat kulit baru). Tak tahan wei. So biarlah hitam si tampuk manggis ni. Mak redha.

Masa aku study USM 16tahun dulu pun ada yang pakai produk ni. Dulu Noveoux Visages - yang ownernya dari Filipina. Pastu barulah muncul produk NV yang seakan2. Pastu ada lah produk alah aku pun dah lupa.

Member aku pakai lah produk NV ni. Mahal bak hang. RM260 kot untuk 1 set, tahan 4 bulan kot. Mahal lah untuk student macam kami. Tapi kesan dia memang lawa lah, cerah, putih ja orangnya, tapi putih setakat muka lah. Kalau rajin skit kena sapu bawah dagu tu biar sekata. Yang aku perasan, bila panas terik, muka kawan aku macam merah sikit, silap gaya, boleh menggelupas. Tapi benda ni kena mantain. Kalau tak mantain akan jadi balik kusam. gitu lah citernya.

Masa keja pun aku mantain ja, kulit gelap. Cuma bila muncul produk Nour Ain Skincare, aku pakailah. Dia punya effect bukan putih tapi cerah. Kira ramai gaklah budak opis yang terkena fenomena Nour Ain. Haha. Pastu bila dah malas - kusam balik noo.

Ok, berbalik cite asal - kulit putih penting sangat ke untuk nampak cantik? Bagi orang Malaysia yang suka tengok muka cerah2 ni ya lah kot. Tapi kalau omputih dia suka lagi tan, sebab tu ramai selebriti berkulit tan kawin dengan mat Saleh macam Ning Baizura n Nurul.
1) Mungkin perbezaan kulit tan & cerah, orang akan lebih perasan kulit cerah ni.
2) Kulit cerah dalam gambar nampak lebih menonjol
3) peranan media cetak/elektronik/media sosial sebabkan kulit cerah nampak lebih kehadapan

Sian orang gelap macam aku. Haha. Sampai dulu2 kan ada kecoh yang adik angkat/kakak angkat kat sekolah menengah. Masa dulu lah, tak jumpa pun, bertukar2 surat & gambar. Boleh adik angkat aku tu kata. Akak kalau putih mesti lawa kan?" - Lahabau punya budak. Itu yang dia nampak. Samprit betul. - tapi ni citer dulu2 lah.

Sekarang nak putih - tempek ja lah bedak arab ke hapa ke. Takdanya nak pakai benda2 ni. Kalau tak sebab kesihatan pun, memang aku ngelak benda2 ni.

Sekian karutan dari i. Takda kupasan apa2 pun, saja habiskan masa uols membaca. Jangan marah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...