Wednesday, 2 December 2015

Petua sihat & cantik ~ Part 116

+ PETUA-PETUA DARI PN. YASMIN SIDDIK PERUNDING KECANTIKAN DARI POSITIVE GROOMING +
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan-lahan.
Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan menghulurkan tangan.
Buat beberapa senaman ringan seperti yang diajar oleh beliau.

2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum.
Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi.  I
nsyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga.

3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan memakai toner,
sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau.

4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum air suam.
Sepanjang Period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe,teh dan jangan makan benda-benda sejuk seperti: Kekacang, sayur menjalar, kobis,  terung, taugeh, peria, bayam, kangkong,makanan laut, Bawal Hitam, Ikan Kembong, Ikan Terubuk.

5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis.

6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan.

7 Amalkan MANDI SUSU, caranya :
· Beli susu segar dalam kotak (RM1.10)
· Sapu susu seluruh muka dan badan
· Biarkan kering
· Bilas dengan sabun dan air.
( Mandi susu boleh memutihkan dan menghaluskan kulit)

8. Seminggu sekali / Selepas Haid, MANDI REMPAH ·
 . Halba)
· Jintan Manis )
· Jintan Putih )
· Kulit Kayu Manis )    Rebus dan tapis, campur air suam. Hampasnya
· Bunga Cengkil )         lumur pada badan dan airnya mandi pada bilasan
· Serai wangi )               terakhir.
· Daun Pandan )

9.
MANDI BUNGA (Pada bila-bila masa)
· Bunga Ros 3 kuntum )
· Bunga Melor 3 kuntum )      Campur ke dalam air dan mandi pada
· Daun Pandan )                       bilasan terakhir
· Serai wangi )

10.
RAWATAN RAMBUT
* Sapu santan di kepala dan bungkus dengan tuala selama 20 minit.
  Jika rambut berminyak, campurkan santan dengan limau nipis / asam jawa.

* Rawatan panas untuk rambut :
* Sapu minyak kelapa pada rambut. Celup tuala ke dalam air panas dan bungkus kepala selama 10 minit.

Untuk mewarnakan rambut, gunakan Inai serbuk, campurkan teh satu sudu(jika inginkan rambut merah) dan campurkan kopi satu sudu (jika inginkan rambut hitam).

Bancuh dengan air panas. Bila telah sejuk pecahkan telur 1 biji dan kacau rata sebelum disapu ke rambut. Biarkan sekurang-kurangnya 4 jam untuk hasil yang memuaskan.


11. RAWATAN DI TENGKUK, BAWAH KETIAK, BELAKANG LUTUT,CELAH KELANGKANG DSB.
Susu segar ( satu kotak) campur dengan badam / Oat dan gosok di tempat-tempat tersebut setiap hari.


12. VITAMIN..
Ambil :
· EPO (Evening Primrose Oil). Boleh dibeli di farmasi
. Vitamin E
· Vitamin C
· Iron (Jika ada darah tinggi tidak digalakkan).
( Makan vitamin selepas makan)


RESEPI UNTUK KESIHATAN
Carrot Sandwich
· Rebus carrot, lenyekkan. Sapu sedikit mayonis dan carrot yang telah dilenyek pada roti.

Salad Sandwich
· Salad (Potong kecil-kecil)
· Sedikit mayonis
· Timun yang dihiris nipis
· Telor rebus

amalkan & InsyaAllah anda akan menjadi cantik sebagaimana cantiknya PUTERI GUNUNG LEDANG........ ;-p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...