Wednesday, 2 December 2015

3 surah ~ Part 107

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tsrikh emel ; 28 September 2006
Assalamualaikum,
I feel its a good to relay to everyone kisah benar
yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk
sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih
dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak
waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang
tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke
surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya
sudah berumur.
Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa
Melayu dan Inggeris ( speaking landong lagi) yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah
yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya
pegang
betul-betul juga.

Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya
pegangnya betul-betul.

Pertama, Surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan
dan mintak tunjukkan jalan yang betul.
Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah,
akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa
dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun,
Bahagian ini, menarik sikit.
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya,
anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu.

Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau
belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada
surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik.
Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu
agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara
yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan
sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya
betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa.
Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda
kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh
rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh
badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak
seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau
tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan
agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya
sampaikan.
Terpulang kepada anda untuk menerima nya atau tidak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...