Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tarikh emel ; 24 Januari 2007
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang
tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)
# Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis,
serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di
dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu
kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa
putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah
berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??
# Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi
mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek
pakaian.
# Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut
iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana
takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
# "Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang
menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api
neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan
terkotori oleh
debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis,
maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai
kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan
lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s
# Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke
langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia
bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari
air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga
cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu
berkata,
"Manis sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung
itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
# Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan
mewahyukan,
"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih
lazat daripada air mata taubatmu!."
Air mata yang tiada di tuntut
# Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan
kah Tuhan yang telah menentukannya.
# Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma
lakonan.
# Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin
dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan.
# Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin
kita kurang membuat persediaan.
# Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab
mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
# Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin
lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu... ... ... .
# Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat
bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda
diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air
mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis
membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia
dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda yang bermaksud:
# "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka,
mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji
mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
# "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat
naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian
lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
# "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut
kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari
pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a
# Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
# 1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para
sahabat-sahabat.
# 2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat
malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
# 3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk
ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
# Rasulullah saw bersabda :
Jagalah mayat ketika
kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
#kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt
untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
# "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
# Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
# Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
#dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada
Dzat yang
Memiliki mu."
No comments:
Post a Comment