Wednesday, 2 December 2015

SISIPAN MENGENAI QARIN ~ Part 113

Assalammualaikum...
I guess, mayb some of us would ask this question when
a particular situation arises. Especially when
somebody saw someone whom had died sometime ago but
appearing again... Eg. like arwah nenek kita tengah
masak kat dapur, tentera jepun tengah polish boot dia
n so on.......  below is the explaination why these
kinda cases kept happening...... kita ingatkan ROH
rupa-rupanya QARIN......
------------------------------------------------------
One asked:
@'kum....
Ustaz, adakah Qarin ini memang wujud? Dan adakah
infomasi ini boleh diambil sebagai sesuatu
pengetahaun, dlm pendapat Ustaz? Kerana saya
sering sekali dengar akan hal seperti ini dan juga
pernah mengalaminya sendiri suatu masa dahulu bila
menjalani latihan tentera di Pulau Tekong
dahulu.....Terima Kasih.

MSA Ustaz Ghouse Khan Surattee wrote:
Benar, qarin itu sebenarnya berpengaruh dengan amalan
seseorang itu, jika baik amalannya baiklah dia dan
begitu juga sebaliknya. Nabi kita pun ada qarin
namanya Habibul huda kata orang kasf masih hidup lagi
di madinah. Semua qarin lambat mati. Sebelum manusia
mati kadang kala , qarin sudah kelirukan orang. Banyak
berlaku, seseorang itu bila balik rumah terutama jika
isteri sedang tidur atau ahli keluarga sedang tidur
atau khayal, mereka perasan si ayah ni sudah balik dan
berehat ..... tetapi selepas setengah jam kemudian
mereka terkejut sebab ayah yang sebenarnya baru sahaja
ketuk pintu...ini kerja qarin.
------------------------------------------------------
Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar
masing masing? Setiap kali lepas ibu kita bersalin..si
ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu
kembar kita..sebenarnya kembar yang dimaksudkan
itu..dipanggil sebagai Qarin...

Disebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh
kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita
akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat
perkara perkara yang jahat.

Seorang ustaz pernah bercerita...beliau sedang dalam
perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam
hari. Dalam perjalanan..dia bertembung dengan seorang
perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini
menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan
itu balik ke rumah.

Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa
dia seorang pelajar
UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin..merasa
seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu.
Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di
rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi
dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang.

Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini
pun bercerita la pada rakan serumahnya..dia berkenalan
dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak
berjumpa lagi.

Hendak dijadikan cerita..esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan
semalam tertinggal payung nya. Adalah peluang dia pergi kerumah
perempuan tadi. Sampai dirumah perempuan tu..ibunya
saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang
perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang
tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut..dan
menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di
situ. student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2
tahun yang lalu.

Jika peristiwa itu pernah anda lalui..atau akan lalui..:) jgn
terkejut..kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah
meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian
seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam.
Qarin akan memakai pakaian yang serupa..cth: jika
seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan
teksi..Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta
seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.

Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka
bumi ini tak kira jin atau syaitan atau
Qarin..semuanya adalah makhluk Allah belaka.

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jgn lupa membaca
.....A'uzubillahiminashaitonirrajim...
insyaAllah..selamat deh sejahterehhhhh.....kepada kita
yang masih hidup buat la kebaikan supayakita dapat
mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan
akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat
kejahatan.... Wallahualam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...