Bila belek entry yang lepas2, aku ternampak entry fasal tahun 2014 yang bakal didepani. Penuh mencabar & korupsi. Tu citer 2 tahun lepas kan. Tapi ni baru Disember 2015, dah macam2 keluar dah. Adui. Terasa hingga ke tulang hitam. Jadi bagaimana? Sungguh? Mereka yang diatas tak rasa apa2 ke? Ni aku copy dari whatsapp group. Nilaikan lah sendiri. Di mana adilnya mereka
Berkuatkuasa 1 Jan 2016:
- Subsidi Beras Nasional Super Tempatan dengav n kadar hancur 15% (ST15/ S15) dimansuhkan (kuatkuasa 31 Dis 2015) dgn harga RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50.
- Pelupusan subsidi bil elektrik, yang dahulunya diperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk golongan miskin bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20.
- Pelupusan subsidi minyak masak sebanyak RM950 juta yang pasti akan meningkatkan harga minyak masak (sawit). Kesannya sudah tentu amat besar ke atas harga makanan.
- 5 buah konsesi tol akan termasuk PLUS akan menaikkan harga tol setelah lanjutan MOU yg berakhir 2018.
- perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 akan dinaikan dari RM35 kpd RM55.
- kenaikan tambang LRT dan Monorail sebanyak 102% dan 40% (kuatkuasa 2 Dis 2015).
- kenaikan tambang KTM Komuter sebanyak 58%. kenaikan bermula dgn RM0.04/km sehingga max RM7.10/km (kuatkuasa 2 Dis 2015).
- Pengurangan 95% peruntukan dlm Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWPM) drp RM200j kpd RM10j.
- Pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi yg menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4b kpd RM1.378b. Jangkaan yuran pengajian akan meningkat dan biasiswa akan dikurangkan/hapus.
*Menempuh Tahun 2016 yg Sukar.
2016 pasti akn menjadi satu cabaran yg amat getir buat rakyat Malaysia yg berpendapatan sederhana dan rendah. RM50 seperti bernilai RM5 apabila keluar berbelanja barang keperluan.
Semoga kita semua dpt menempuh segala cabaran ini dan diberi rezeki tambahan utk menampung segala bebanan kekurangan. Berusahalah mencari dan meneroka peluang baru agar ada sinar bahagia yg lebih baik.
Sesungguhnya ada rahmat disebalik setiap kejadian...
Berdoalah... kerana ia adalah senjata utama kita dan doa insan marhain. InsyaAllah, walaupun kita tidak dpt mengubahnya pd masa kini, diharapkan anak cucu kita tidak merasai apa yang kita rasai.
Rakyat Malaysia,
Dr.Ezrie😎
Bersedialah kita
No comments:
Post a Comment