Tsrikh emel ; 25 September 2006
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat
yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang
mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
2
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara
dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi
lebih penting pabila usia semakin tua.
3
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.
Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa
lama yang anda perlu
4
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka
tunaikanlah.
5
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah
matanya.
6
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu
diijabkabulkan.
7
Percayailah cinta pandang pertama.
8
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian
tidak memiliki apa-apa.
9
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih
sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara
aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga
mereka.
12
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
13
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda
gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin
tahu?"
14
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar
akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila
mendengar seseorang bersin.
16
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17
Berpeganglah
kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan
sebuah persahabatan yang besar.
19
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,
usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan
melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
21
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
No comments:
Post a Comment