Tarikh emel ; 4 May 2006
Terdapat
beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja /
hidup. Antaranya ialah :
1)
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa
kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum
melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang
kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2)
Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran
yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun
satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas
solat
3)
Banyakkan Solat Sunat
Sebagai
makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat
kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat
hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat
sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan
mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan
daripada Allah.
4)
Selalu berdoa kepada Allah
Allah
telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita
disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara
berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah
malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan
iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak
akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita
perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada
Allah yang Esa.
5)
Bersangka baik dengan Allah
Kita
sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian
dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan
menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka
baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas
diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik
kejadian itu.
6)
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan dan beriadah
Orang
ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang
cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan
aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.
Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa
keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan
juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat<O
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang
juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara
untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit
kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu
yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa
ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin
diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai
masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain
sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh
dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting
ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup
dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu
bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang
tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya
akan dapat diselesaikan dengan jayanya, InsyaAllah.
|
No comments:
Post a Comment