Wednesday, 28 October 2015

14 Perkara Sunat Hari Asyura ~ Part 74

 Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.

(10 Muharram, bersamaan  Khamis, 9 Februari 2006)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 

6. Bersedekah
fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 

8. Mandi Sunat
fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala" 

9. Bercelak
fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu. 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 

12. Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini . 

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.


Mengutuk? Menyumpah? ; Pesanan Rasulullah buat wanita ~ Part 73

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.

Tarikh emel ; 7 Februari 2006

Sebagai  peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah,  di  mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan  Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum  wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. 

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.  Baginda pun pergi ke sana,  dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.  Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di  neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 
"Apakah yang menyebabkan  yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW  menjawab, 
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok  yang boleh menjerumuskan kamu
ke dalam neraka:

1. Kamu banyak  mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian  baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak  bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan  mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

 Contoh 1
Katakan  kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan  marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."

Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.  Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian,  perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.


Contoh 2
Tengah  memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak  nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad  tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab  yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini,  Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang  dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'.


Rasulullah SAW  berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup  engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan  dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak  ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari  Arab).

 [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama  hidup dengan awak, apa yang  saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

 Rasulullah SAW sambung  lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun  kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

 Saranan  Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak 
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti  yang disebutkan tadi.

 Fadhilat beristighfar:
 a. Sabda  Rasulullah SAW : 
"Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia  tidak akan ditulis sebagai orang
 yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum  nyanyuk di  hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita  beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih  dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah  kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian  kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 
"Siapa yang melazimkan amalan  istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan.
 Sifat ham  bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.
 Sifat  hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.  Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta  benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan  anak-anak.

Sedekah :
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang  ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang  baik.
 Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan  hati.   Inilah rahsianya bagaimana hendak  menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri  Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau  sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan  Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga  menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. 

 Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada  Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.  Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,  "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan  tuturkatanya".

2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

 Juga  terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 
"Kamu  senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab  yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah,  lembutkan lidah."

 Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW  marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya  terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api  neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari  sekarang.


"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah  SAW"




Kisah 2 malaikat ~ Part 72

 Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.


26 Januari 2006

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,
 "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,

"Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, 
"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

 Malaikat yang di kiri bertanya lagi,
“Kalau ia telah melakukan 5  kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,
“Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan Serta kemewahan dunia.

Tuesday, 27 October 2015

Surah Al-Kautsar ~ Part 71

Tarikh emel ; 23 Januari 2006

Surah ini paling  pendek,
hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
bermaksud  sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan = cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat  terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,  mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang  dahaga.
3) Jika sering sakit  mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah  dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya  1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan = solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya  kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

(Surat Dari Iblis) ~ Part 70

 Tarikh emel ; 5 Januari 2006

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

****************************************

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

Sihat cara Islam ~ Part 69


Tarikh emel ; 23 Disember 2005

      LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN &
      KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
     
      1) Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
      2) Mandi setelah makan.
      3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
      4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
      5) Berjaga malam selain dari qiamullail.
      6) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
     
     
     
      FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
      1) Memakan daging.
      2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
      3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
      4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
      5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar @ terlalu kenyang.
      6) Memakan makanan yang agak manis.
     
      FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
      1) Bercakap banyak.
      2) Tidur banyak.
      3) Makan banyak.
      4) Banyak jimak.
     
      4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
      1) Banyak jimak.
      2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
      3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
      4) Banyak memakan makanan yang serba masam.
     
      SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
      1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak).
      2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
     
      BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
      1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
      2) Sentiasa bersugi.
      3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
     
      MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,
      MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
     
      Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda
      tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu,
      kemudian ambil dan buangkan lalat
      itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir,
      orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.
     
      FAKTOR  MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN 
      1) Melihat pekara-pekara yang haram.
      2) Melancap.
      3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
      4) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
      5) Tidak membaca Al-Quran.
      6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
      7) Mengumpat dan mengata.
      8) terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
      9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
      10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
      11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
     
      LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
      1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
      2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
      3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah
      hadam.
     
      SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN
      SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
      1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
      2) Selepas berjimak.
      3) selepas makan atau sebelumnya.
      4) Ketika sedang makan.
      5) Selepas memakan buah-buahan.
      6) Selepas keluar dari bilik mandi.
      7) Ketika terjaga dari tidur.
     
      CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
      1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau
      11.00 dengan keadaan berwuduk.
      2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan          bersembahyang tahajjud.
      3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
      4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,      
         supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.
      Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
     
      WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
      1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
      2) Selepas masuk waktu Asar.
      3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.
     
      BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
      Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
      1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
      2) Merosakkan warna kulit.
      3) Melemahkan jantung.
      4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
      5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
      6) Melemahkan kecerdasaan akal.
     
      CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
      1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk
      tidur.
      2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
      3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur
      sebelum turun dari katil.
      4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan
      selepas saja bangun dari tidur.
      5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
      6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
     
      PERKARAYANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
      1) Banyak melakukan jimak.
      2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
      3) Banyak minum air di waktu pagi.
      4) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.
     
      SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
      1) Merokok yang berterusan.
      2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
      3) Kurang tidur.
      4) Sentiasa mandi di tengah malam.
      5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
      6) Melakukan kerja secara berterusan.
     
      FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
      1) Melihat kepada benda-benda kotor.
      2) Melihat kepada palang +/salib.
      3) melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
      4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
      5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.

      6) Banyak menangis.

Doa untuk anak2 ~ Part 68



tarikh emel ; 19 Disember 2005





Bagi mereka2 yg masih dara dan teruna, jadikan ianya sebagai ilmu
tambahan......mudah2 han doa ini boleh di amalkan bila anda berkeluarga kelak......InsyaAllah.......

Sehari satu doa Dalam kuliyahnya, Ustaz Abu Bakar Abd Aziz ada menyampaikan doa yang elok dibaca agar anak kita dipelihara Allah  dari segala macam hasutan, bahaya yang bakal mendatang dan lain-lain perkara yang tidak diingini.

Ayatnya adalah Surah Al-Insyirah yang sebaiknya dibaca sebanyak 17  kali sebelum dihembuskan ke ubun-ubun anak-anak kita sebelum mereka berpergian (ke sekolah dsb ). Namun oleh kerana banyak sangat, dianjurkan supaya dibaca berulang kali beberapa ketika sebelum mereka pergi seperti waktu menggosok baju, menggoreng ikan dsb. Pada kali yang ke 16 atau 17 barulah dipanggil akan anak itu lalu hembuskanlah. Ayat ini adalah  ayat lazim dan kita lazimnya telah hafalnya, hanya tinggal nak mengamalkan sahaja.

 Surah Al-Insyirah (bererti melapangkan dada Nabi), adalah surah yang ke 94  di dalam Al-Quran, mengandungi lapan ayat. Allah SWT menegaskan, salah satu  nikmat yang dikurniai kepada Nabi Muhammad SAW ialah melapangkan dadanya  serta mengisinya dengan iman dan hidayah bagi meringankan beban perjuangannya.  Ertinya :
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani - Bukankah Kami  telah melapangkan untukmu dadamu?


      * Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

      * Yang memberatkan punggungmu,

      * Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

      * Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada  kemudahan,

      * Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada  kemudahan.

      * Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),  kerjakanlah

   dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.

      * Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu  berharap.


   Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Pada suatu hari, beberapa Arab desa datang kepada Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya kepada para Sahabat: Apakah kamu pernah memeluk anak-anak kecil kamu? Para Sahabat menjawab: Ya. Orang-orang kampung itu berkata : Akan tetapi, demi Allah, kami belum pernah memeluknya. Rasulullah  s.a.w lalu bersabda: Aku tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Allah mencabut rahmat dari kamu.

Petua mencuci hatii ~ Part 67


Tarikh emel ; 14 Disember 2005

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
-
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok
belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut...dsb), jangan dengar orang

mengumpat."

Untuk lelaki ~ Part 66

Tarikh emel ; 11 November 2005
Best baca sampai abis!!!. It's  true.
To share..Dari Ilham seorang lelaki...
"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus  membebel,merengek 
atau  mengilai seperti  pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita,  ia akan terus 
melekat di hati kita selagi hayat di kandung  badan... 
 " Ibu, ibu... engkau lah ratu hari ku....." 

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak
sekarang,tetapi ; when i was small, sekiranya emak tiada,  semua jadi serba tidak kena!
Usahkan seminggu, dua hari sahaja  dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah
tak   bermakna.  Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak
HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for  sure
24   hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt  pooott
,peettttt,boleh   pecah eardrums. And if mak menjerit,  boleh bergegar isi perut. Silap
gaya,   tingkap pun boleh  tercabut...

 And if mak takde, BangZaiiiiii!!!  MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do
 whatever!!! Boleh main  bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,
boleh chatting  sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat
talipon  ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!  

 But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah  terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran  mak. Rumah
jadik   sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada  ketika itulah baru kita
sedar  bahawa leteran mak yang  seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa
leteran itu,  semunya seperti MATI...
Without mum, hidup ni tak ada cabaran,  not challenging, no
suspense.Balik   kul braper pun, takde  orang nak membebel, takde orang nak pulas
telinga.

 Our life  graph becomes very the monotenous, then we realised, jari
jemari   mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih  
bermak na. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.  Biarlah dia
menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan  tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang  EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!

 Kau  Isteri Ku....
Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman  skarang ... Ibu sekarang
tidak mencubit atau memiat telinga  anak-anak. Itu mungkin one of the
reason   why anak-anak tak  berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga
setiap   kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa  
kehilangan   or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde  kat rumah ( for
instance if   she's gone for a short holiday).  Budak-budak sekarang ramai
kawan,banyak   caranya mereka  mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or
most to   most lepak kat happening place s.. As for me is different, if my wife is  
not   at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true,  jika isteri ada
dirumah, kepala slalu  pening. Pantang  kalau isteri ada kat rumah and
i'm   off duty, sure at times  boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah,  alangkah  tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka.  Boleh belengkar
kat depan TV   tanpa sebarang gangguan mental  dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm
lah!!

 But hairan bin  ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",
aku  pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once
shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that,
no  one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga,i  
felt   something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi  dah berbau
'assshheemm mm', tak tahu mana nak carik yang baru.  Colgate gigi dah
abis,   tak tahu kat mana dia stock up. Air  suam dah abis, malas nak boil...
Masuk   hari ke-4, rindu mula  terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun
melecun,    wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk  
pintu   hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the  smile yang
ikhlas,   forever melekat kat hati and sukar ada  pengganti. Apabila rindu
mencengkam,   semuanya jadi tak tentu  arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.  
Nasik   bungkus faberite  jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa
macam   makan kat kedai AA. Lebih- lebih lagi bila laundry basket dah makin  
bertimbun   ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis  utk dipakai. Toiletdah
mula   licin berdaki...lantai dah  berbelak, tak dimop...Every nite, very
the   lonely, baring  atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely
gini, baru lah rasa benar  kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....
belum  seminggu  isteri takde kat rumah,  aku dah terasa separuh pengsan. Bila  
bersendirian begini,dan terasa  malam begitu dingin, barulah kita  sedar betapa
pentingnya seorang wanita bernama isteri...

So guys out  there... jgn buli isteri kita.
Kalau boleh,
tolong dia buat kerja  rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa  ingat dorang  ni sumer kuli ke?! Maid ker?!!  Kan dia tu bini kita, best fren kita,  sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah  dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore,
kan
sama2 keja carik rezeki, sama  jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker  dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak  kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari
keja kat office,  balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!
Kalau aku lah  diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So
to all mums and  wives out there... life will be meaningless without you mothers)....uuwaaaaaaaa!!
 sayangi la  kaum perempuan krn tanpa mereka anda kehilangan
sesuatu,hargai >  mereka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Petua Tidur ~ Part 65

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

Tarikh emel ; 9 November 2005

"Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. 
Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,  sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara 
Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.=20
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. 


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan
doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan
adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33  x , Alhamdulillah 33 x , Allahuakbar 33 .

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula! kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,di bawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Andai Ramadan Terakhir ~ Part 64

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

tarikh emel : 28 Oktobeber 2005

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "sesungguhnya
solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... Kuserahkan hanya kepada
Allah Tuhan seru sekelian alam"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih

"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu kurniakanlah kemapunan kepada ku,
ampunkanlah dosaku, sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa ku,

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ..lorong-lorong redha Ar-Rahman

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... Menerangi
kegelapan hati-hati kami Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta
kasihsayang mu Ya Ilahi Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana
nanti

Namun ...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA Andai benar ini Ramadhan
terakhir buat kita.

Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
Buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi Pabila tiba
saat tepat seperti yang dijanji Ilahi Kematian...adalah sesuatu yang
pasti


Monday, 26 October 2015

Baiki cara solat kita...khas buat perempuan.~ Part 63



Tarikh emel ; 26 Oktober 2005            


 Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sbentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.                                                          
  
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam  ni pun solt masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,penceramah mencadangkan  kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.                                                                      
   
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu berdiri tegk sblm lafaz niat :                                              
   1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.      
   Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita,       
 seolah2   tak  layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata menyesal lah.                                                            
  2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN.                       
   Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya.         
 Kenangkan  betapa  bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg     
 begitu  menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.                                                            
 Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan  mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan ambil  membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.       
 Setelah  bertakbir,penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh  adab                       sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab  utk  menghadap Tuhan.                                                    
   1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :               
   i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga           
  ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga     
   iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).  

 Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.  Menurut                                   penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lngan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya  kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.                   
   2    ) Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas    tangan kiri (agak2 selesa). Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan. 

   3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan  penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat. 
          
   4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa  lakal hamdu"    
                                                  
  5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg  tertinggi".                                                        
  Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah  sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara  kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan  kerana dikhuatiri akan melebihi  lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut & kedua belah kaki (setakat  jari  saja).                                                               
 Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.        
    
   6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :                             
 i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki                   
  ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.       
                   
   7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm  keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,  gunalah tangan kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.       
                                                             
   8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut  "....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu  jangan diturunkan sehingga memberi salam.                     
           
   9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat  ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180  darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan  sebaliknya.  
                                                      
   10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah  dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tangan yg  tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.     

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.                                                       
   Antaranya:                                                          
1)      Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna  kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak  jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).  Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.     
2)      Kadang2 sewaktu musafir, ada Muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung saja (tak payah orang lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan saja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,  kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita. ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.                                             
3)      Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yang rambut panjang,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
   Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.                                                              Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak  berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya  kini  memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam                                                                 utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya  untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat,saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah    sebahagian  persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jangan pula nanti  kita                                                                    dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jangan susah di                                                           alam baqa'.                                                        
 
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah SWT. da yg buruk itu dari saya.                                                
                                                        

MUNGKINKAH IA YAKJUJ-MAKJUJ ~ Part 62

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

 WASHINGTON - Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States!

Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba
menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".

"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan
demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.

"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran
2000 orang Mole tinggai di situ.

"Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki,
tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan
seperti kuku mole". "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk
menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.

"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan
segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber. "Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".


NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan, bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia  moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari
angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang serius, termasuk: Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasama? Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi?


Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA di mana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?


Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk
jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum
bawah tanah itu dalam bulan Ogos tahun lepas ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif di mana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".


Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S
mengikut kata sumber.

Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya.

Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui. Info ni saya ambik dari website... entah ler betui
atau idok.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...