Tuesday 10 June 2014

3 bulan bersawang & citer manuskrip

Baiklah...
Dah lama aku tinggalkan blog ni. Banyak juga yang termiss untuk diceritakan dan kupasan katanya. Antaranya ialah : - Tragedi MH370 yang sampai sekarang tak jumpa2.
                           - sibuk buat bumper raya dengan senarai klien yang panjang, tapi enjoy sebab keja                      yang aku suka sey.
                           - benjol di leher yang aku sangkakan biasa rupanya merbahaya sampai aku kena bedah untuk buang kelenjar tiroid...
                          - manuskrip yang aku usahakan bertahun2 akhirnya menjadi kenyataan.

Alhamdulillah...
Usaha & penat aku berbaloi akhirnya bila melihat gambar2 ini ...huhu Dia Doktor Hatiku
excited + happy gler weh! novel aku sebagai novel alaf 21 kot!
Dia Doktor Hatiku again..best2
 Lagi...hahaha..habislah malam ni memang aku asyik print screen jer lah kerjanya kan Dia Doktor hatiku -klik sini




Lagi - promosi Dia Doktor Hatiku



Yang ni lak promosi kat facebook... novel terbitan Julai

dalam keempat ni, aku yang paling junior sebab Sis Rozita Abd Wahab dah novel ke6, Juriah Ishak yang ke5, Zurie Yani yang ke2 dan Radz Izara yang pertama. Jadilah, nak menunggu yang 1 ni pun bertahun2 dik non. Bukan senang buat novel rupanya, dengan Alaf 21 lagi lah, berderet q



yang ni lah muka depannya. Cantik giler...first time tengok masa pereka grafik buat, namanya Darina, aku rasa dah nak pitam dah...siot lawa. Harapnya citer pun menambat jugalah ye
ini pun, gigih juga mak jemah buat layout facebook timeline...nasib baiklah banyak setting yang buat  online... haruslah jadi


ok..takyah gelak sangatlah..walaupun sebenarnya aku dah nak terguling tengok gambar sendiri kat cover novel. alahai...ni pic raya team Nur last year. memanglah mekap mampan, tapi masa editor Lis (alaf21), mintak gambar, aku bagi banyak pic dan tak sangka layout baru mereka letak pic kat luar, strategi marketing. baru start bulan jun rasanya. Sungguh! kiranya aku nampak dari luar doh. tapi orang tengok mesti kelakar sebab yang ni mekap tebal macam orang kawin. Dinie Awaludin lah punya keja ni..haha.. sekali tengok kat luar. oh! gini je rupa penulisnya..ahai...

Ok...itu saja wat masa ni...lebih teruja untuk promosi novel sendiri lak..yang citer personal tu nanti bila2 aku citer ye


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...