Wednesday 29 June 2016

Januari 2016

Memandangkan kita berada di dunia digital, jadi aku terfikir untuk 'transfer' segala hasil karya aku dalam bentuk digital juga (bukan sekadar kertas bercetak-walau sebenarnya sayang gila dengan bahan2 ni, manalah tau almari dah nak runtuh kan, banyak sangat lak majalahnya) - panjang lak menceceh.
Maklumlah, kena ikut trend semasa. Jadi yang terdekat ni aku copy tahun ni punya dulu (sebab yang lama kena selongkar dulu-nak cari Pesona Pengantin lagi). Ini sajalah yang boleh aku lakukan untuk manfaat bersama.
Ya lah, orang sekarang jarang dah nak pegang majalah. Kalau pegang pun baca sekali ja, pastu simpan. Yang selalu baca kat tangan korang tu ha - smartphone. Jadi, inilah ceritanya. Jeng3

takda pic yang cantik. pakai kamera phone jah. nect time kualiti dipertingkatkan. Ni cover Belle Alyahya (owner Bella Ammara - brand yang tersohor di kala ini - dorang laki bini buat bisnes & sukses wei -buatkan ramai yang nak jadi usahawan kan? tapi tu lah, tak semua kuat - lagi2 aku - separuh jalan)

Ni kira fokus / sorotan utama kami untuk isu Januari 2016. Maklumlah Gen X & Gen Y memang budayanya berbeza - penulis dah tentu lah editor. Gambar mak ada sebelah kanan, no.2 - haha

Budak ni aku dapat dari casting - pastu ajak untu photoshoot Bual Muslimah (3 orang), tapi sebab dia antara yang bijak cakap, fluent English uols, pastu muda lak tuh, keja kat company International, jadi dia orang yang sesuai untuk kolum ni. Pendapat dia - baca artikel

Pengurus Jabatan Sumber Manusia Kumpulan Media Karangkraf, Ahmad Hamda Mohamad - bercerita dari perspektif majikan dan menyatukan dua2 generasi. Menarik sebab dia mengalami kedua-dua generasi & katanya gen Z pun bakal memasuki pasaran kerja tahun depan - *oh! mak dah tua rasanya*

Ni kolumnis membicarakan pasal kewangan. Aku jumpa thru internet lah, selidik latar belakang dia, pastu interview fokus dulu. Sebab dia bercakap aspek kewangan dari perspektif agama, so memang sesuai untuk kolum Majalah Nur. So on, dah hampir 3 tahun kot menulis di Majalah Nur.

Ni fesyen - Baju & shawl by Hijrah Couture, lokasi Putrajaya - haha - lokasi yang selalu jadi pilihan sebab banyak tempat menarik dan takda guard nak halau. Maklumlah, if lokasi yang kita minta tak dapat, memang fikiran kena cargas, terus zaaas ke sini Ini biasanya kalau kita nak konsep korporat, ok. pastu tengok ramai lak butik ig guna lokasi sini kan?


konsep kasual - sesuai buat jenjalan. Masa shooting ni panas weh. lit2, tapi tak sepanas sekarang lah, so kena pandai pilih model mata bulat. Kalau dapat yang sepet kan, tak nampak apa lak. ken

Konsep oren = jingga. nama jingga pun ada macam2, jadi kenalah matchkan dengan kaler baju yang dipakai. Barulah tau cantaloupe ke apa

oren ni sebenarnya sesuai untuk kulit putih, kalau macam hitam manis ni pilihlah kaler2 natural - selamat dipandang

tema dia polos. So match la macam mana sekalipun janji polos


ada corak skit tapi jadilah, yang utama masih polos
baiti jannati yakni keluarga bahagia - susah juga nak dapatkan kolum camni sebenarnya, sebab ciri-ciri dia keluarga yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Camna nak cari dan tau orang tu buat itu ini? Based on reccomendation

sambungan baiti Jannati

Kolumnis Cik Mat cerita pasal suami isteri dalam bentuk kelakar. dapat inspirasi dari sifu Bos Jalil

Zon mama - Kolum internet tapi setiap bulan kena interview 2 ibu tanya fasal topik ni. klik gambar untuk lebih jelas
selain fesyen, interview & artikel, kami kena cari contest juga. Supaya ramai yang membeli dan tertarik nak join contest ni. Yang ni suplemen kesihatan,
masa ni tengah sibuk dengan aktiviti Finalis Ikon Nur, so salah satunya ialah finalis kena memasak. 11 Finalis bagi 4 orang setiap bulan, so ada 3 isu aku kena buat. Selain cantik mereka juga pandai memasak tau.
Makanannya pun sedap k.


Ok itu saja buat masa ni. Kena rajinkan diri lah untuk share ilmu. Maklumlah akak2 ni generasi X so memang suka pegang majalah. Tapi disebabkan tak nak ilmu tu hanya pada pembaca majalah saja, so akak share disini. Boleh juga belek bila2, cuma kualiti gambar lah kualiti kamera phone. Jumpa lagi k

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...