Thursday 30 June 2016

Isu Februari 2016


Tinggal tak sampai seminggu lagi nak raya - yakni 6 hari. Kejap je kan? Jumaat ni yakni esok last keja sebelum cuti raya bermula. Masa sangat sekejap, mula2 rasa awal tahun, pastu tengah tahun, pastu eh! dah akhir tahun. Macam tu lah, selagi nyawa diizinkan tuhan.

Ok, kali ni aku nak share isu Februari 2016 Majalah Nur. Fokus / sorotan utama ialah pembebasan emosi wanita? Apa tu? Hah, kena baca sendiri sebab ada kupasan mendalam oleh aku & kawan2. Tapi kat sini, aku letak apa yang aku tulis je lah. 

Apa lagi ya? Oh. Sibuk dengan aktiviti Pencarian Ikon Nur 2014/15. Penat weh! Serius. Mungkin sebab badan dah tak kuat macam dulu. Dah tua - kena akui hakikat itu. InsyaAllah - diberikan kesihatan yang baik untuk pengisian seterusnya. Amin2

masih smart phone, tapi kali ni ada flash uols. Covergirl Siti Nurdiana. Sebenarnya kami dah set appoiment masa dia masih dalam pertandingan Gegar Vaganza & memang dia menonjol yang amat. Tapi tarikh yang diberikannya selepas final. Tup2, dia jadi juara. Kiranya kedatangan dia hari tu dapat sambutan meriah, semua sibuk nak selfie dengan nana. Ops! Mak takda sebab masa tu dok hospital. Melepas :(

Diari wartawan - kiranya apa cabaran / yang menarik sepanjang menjalankan tugas untuk isu bulan tersebut. Jadi jawapan aku? Cabaran memang ada, harungi ja - itu kan tugas wartawan.

Ustaz Yaacob - Penulis Karya Bistari. Yang seronoknya jawapan dia memang panjang lebar, pergh! senang nak buat artikel. Yang susahnya jika responden tak tau nak jawap apa, dah soal macam2 pun sepatah2 jawab. Nangis!

4 muka surat ok, jenuhla Ustaz nak pose. Haha

Topik ni kalau ikut isu semasa memang best tapi kekadang ada juga topik lain tapi tetap sesuai untuk dibaca. Mula2 memang rumit nak edit artikel dia, hauk. Tapi dah lama lepas aku edit, penulisannya makin bagus.

Kardigan labuh - diingatkan supaya dipakai oleh mereka yang bertubuh tinggi lampai supaya tak sapu lantai. Kalau tinggi ala2 pakai ja lah kardigan yang paras peha tu. Baju ni asalnya owner sukses satu ketika dahulu tapi kemudiannya stop - pecah partner - Langit tak selalu cerah ya.

Lawa kan. Shooting di Atsmophere Seri Kembangan. Tak banyak opis buka lagi, so senang lah nak photoshoot tu.

Yang ni aku amik dari butik Physicon Bangi Central. Butik vendor. Baju dorang cantik2, harga pun. Haha. Topik kali ni ialah pleated. Jenuhla mak r&d dengan google nak tau jenis2 pleat. Pastu kena dapatkan dari pelbagai sumber. Apa pun, zaman media sosial ni memang agak senang compare dulu. Taip ja, semua ada. Kalau dulu, kena tanya designer, ni apa bla2, buatnya designer ok takpe, Yang kekwat? Hmmm

Props semua kena cari sendiri. So kena rajin cari reference. Bagi aku yang penting kena cari model yang pandai pose, pandai ikat shawl sendiri. Sebab? Kami lagi banyak benda lain nak fikir macam lighting, konsep, baju dll

Grid - kotak2 & tudung sarung. Ya lah tak semua orang suka belit2 shawl, dengan jarum, dengan tak jadi. Pilihannya ialah tudung sarung. Ada orang kata tak trendy kan? Eh! takpa. Janji diri sendiri ok uols.

Yang ni pun sama ok. Seb baik tempat ni macam sunyi ja. So background cantik tanpa lalu lalang orang. 

Ni kolumnis juga. Dia penulis buku. Dia kaitkan 99 nama Allah (Asma ul-husna) dengan peristiwa yang berlaku sekeliling kita. Yang bestnya dia kaitkan dengan golongan belum Islam (ada orang guna Non Muslim @bukan muslim tapi ada satu ustaz tu kata asal usul manusia semua dari anak Adam, jadi mereka yang tak peluk Islam lagi dipanggil belum Islam, bila dah peluk, kita panggil revert bukannya baru masuk) - paham ke tak paham? buat2 pahamlah ya

Ustaz Khairul Naim mengupas perlbagai persoalan agama

Ok, yang ni terus terang bukan aku yang interview dia, Wartawan Majalah I yang interview dia, so aku masukkan storynya ke dalam sini. Kalau tengok kat fb pun memang dia sayang sungguh isteri dan dakwah kita semua dengan lemah lembut.

Ustaz Ebit Liew yang penyayang & lemah lembut

Artikel yang kelakar lak dah. Kena baca k

Pening juga nak buat artikel ni sebenarnya. Bukan apa, bila dah setiap bulan buat topik, kadang2 rasa macam eh! ni pernah buat, tu dah penah siar, so apa yang belum. Eh! Yang seronoknya boleh dengar live pengakuan ibu2 menidurkan anak mereka camna. Yang ni aku pilih rawak ja orangnya

Siri kedua ruangan masak2 oleh Finalis Nur. Yang pertama tu namanya Adasandha aka host lokasi memasak. TQ Ada. Dia ni ZIN = Zumba Instructor Network, memang kaki sihat ni, dia masak pun yang sehat2 ok. Siap ada potongan buah2an yang sangat sedap. Pemilihan bahan mentah pun memang dia betul2 particular. Yang tudung kuning tu Syue, Dia hias paling cantik & nampak kesungguhannya masa menghidangkan. Arkitek yang akhirnya bercinta dengan photographer kitaorang. Part ni paling kelakar, masa photoshoot gaduh2, last melekat-dah rupa cita hindi dah

Yang masak spageti olio ni namanya Didie, dia peguam. Masa casting memang lah dia biasa2 ja, maksud aku takde komersial pada dirinya. Malahan bos2 aku pun nak pilih orang lain, tapi aku yakinkan management yang dia brilliant. Mungkin dia tak lawa sangat tapi IQ dia best, petah bercakap. Tengok2 masa final dia dapat Ikon Integriti dan memukau semua orang. So, kena tengok semua aspek ok. Yang sebelah ni pula cikgu Izyan, ajar English sekolah rendah, lemah lembut ja orangnya dan selalu bagi kerjasama baik. Ramai yang target dia menang tapi tu lah, dia gugup masa final tu.

Yang shooting resepi tu aku buat hari sabtu. Yang ni lak hari ahad. woohooo.. weekend keja ok, nasib baiklah anak2 dah besar, so aku boleh tinggal dorang dengan ayahnya tanpa risau. Siapkan makanan, entertaiment, pandai2lah handle diri sendiri k. Ok, yang ni kami buat aktiviti bersama contact lens Freshkon, ada games dan lain2. Best, dorang pun cantik & lemah lembut ja orangnya.

Aku jadi emcee, tapi pic emcee takda lak. Cantik kan semua orang pakai busana Umi Riaz ni. Masa ni sorang takda Dr.Lea sebab keja, dia sambung study tu yang agak susah sebab ni buat hari Isnin. Penat weh 3 hari berturut2 buat assigment.

Mereka bersama busana masing2.







Ni masa sidang media nak perkenalkan finalis. Semuanya cantik & berbakat2 belaka. Alhamdulillah, dah matang semua, jadi takdalah susah nak handle semua.  Lepas sidang media, dorang kena photoshoot merakamkan cerita fasal diri sendiri, pastu melawat sekitar karangkraf.




Dalam ramai2 finalis ni, cuma 2 orang ja yang bujang. Yang lain semua dah kahwin dan ada anak 2 at least. Cubalah teka mana satu.


 
Tengok macam best ja kan, mudah ja, preparationya. huhu..haha...sendiri cakap, sendiri jawab. Mak ada dalam tu lah plak. Haha..cer cari, yang paling selebet tu lah (maklumlah depa semua lawa2 kan)

 Jadi, dengan kesibukan aku, tu yang macam tak sempat nak menaip novel. Bayangkan siang bekerja, pastu shooting, pastu siapkan story, malam dengan suri rumah, jadi cer habaq mai, bila masa aku nak bertenang & cari ilham?
Maybe ilham ada, tapi masa? Kreativiti? Semua dah macam tertumpah pada kerja, orang lain mungkin lain sebab menulis bukan kerja asasi, tapi aku? Sekian bebelan hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...