Tuesday 10 November 2015

Cherating ~ in luv

Mak baru balik holiday. Tak lama pun. Semalaman sahaja.

Sebenarnya balik kampung, tapi singgah di Cherating (so kira bercuti di tepi pantai), budak2 main pool. tapi memang release stress.. Pastu, rasa macam eh! dah nak balik?


dah beberapa kali datang sini. Lunch. Yang best ada satar (2 lidi rm10), keropok (yg ni byk msg rm5-20 keping), sotong tepung (yg ni en.suami makan) - kesimpulannya memang sedap — at Warung Aziz Satar & Otak-Otak Kuala Kemaman, Terengganu.


tanya google, ada lah 3 tempat yang direkomen, masalahnya tempat pertama warong abu bakar ke apa-full, ke2, jauh sangat,. tempat ketiga warung sata yang kami dah lunch. Last2 pegi mana yang agak sedap. Tip-tengok keta banyak, singgah, Yang bestnya kami order 2 set-means ada 2 siakap, 2 daging paprik, 2 tomyam, 2 kailan masin, 2 sayur campur, 2 telur dadar dan air buah. dengan keramaian 4 dewasa, 7 kanak2, percaya tak semua tu hanya RM125! Memang murah gler banget. Aku ingat dah dekat rm250 ke kan. Rupanya set tu bernilai RM99 untuk 2 ikan tu. boleh datang ya. Rasa pun ok, not bad

dari tingkap-budak2 tak sabar dah nak pegi ni

inilah aktiviti kesukaan mereka - berendam 3 jam pun takpe ni

see - orang kat bawah berani tengok je

kononnya nak tiru #followmeto yang couple popular kat instagram tu. Tapi apakan daya ini jer yang termampu.
 Baju mak tak lawa uol

menyedihkan, otw nak masuk LPT - jalan raya berdebu merah. Angkara bauksit. Kita yang dok dalam kereta pun rasa rimas, bayangkan penunggang motor @ penduduk tempatan. Lagi kesian. Memang teruk kesan bauksit ni. Bila lah nak kembali macam asal? Ntahla.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...