Monday, 16 November 2015

Mudahnya jadi Muslim ~ Part 95


Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.
Tarikh emel ; 5 Jun 2006


Mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri
yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak,
mudahnya menjadi muslim...namun...

# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat
subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa
sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam
kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda
memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung
atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan
masa sehingga 20 minit untuk mendandan
rambut...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan
solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15
minit...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar
berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di
telefon selama 2 jam...

# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-
quran, tidak selama menonton tv,& cd...

# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...

# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan
kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan
sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka
boleh melarat hingga 20 minit...

# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap
sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda
sanggup menatap majalah atau surat khabar
selama 60 minit...

# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak
sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap
tidur atau sanggup menonton wayang lewat
malam...

# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk
kalimah syukur....

Renunglahhh.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013