Monday 2 November 2015

Sawan tarik ~ Part 89

Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.

Tarikh emel ; 26 Mei 2006

Sawan tarik atau "fibril fits" dlm B.Inggerisnya ni bukanlah benda baru - > fits ni akan menyerang kanak-kanak yg berusia antara 6 bulan hingglah ke 6 tahun. Sawan ni akan berlaku sekiranya demam anak ni tak kebah - kalau nampak kebahpun, budak ni akan nampak lemah aje.Ini  bermakna, kalau kita tengok budak tu masih lemah tapi demamnya tak berapa tinggi, itu tak bermakna dia dah OK.  It's not OK actually. Let me recall what happened to my Athira in December 1995.  Athira masa tu dah nak masuk 2 tahun.  First time dia kena sawan tarik just before the Christmas Eve.  Dia dah demam 3 hari.  Bila bagi ubat, dia OK. Tapi, belum 4 jam lepas tu dah panas balik.  Disebabkan klinik tutup Christmas), tak jadi bawak dia ke klinik... kami kira Tawaqal ajela...sebab ubat pun masih ada.  Bila Nuar (hubby) tengok dia kebah sikit, kami pi bawak dia jalan-jalan ke Jaya Jusco.  Masa kat sana, dia kata dia dahaga... kami pun cari la tempat jual air... yg ada Cuma air kopi aje yg tinggal. Kami yg baghal ni dok bagi dia minum kopi tu.. dahlah tu, boh AIS.. lupa nak suruh orang tu jangan boh ais...(dah air kopi).

Kami tak lama kat JJ sebab bukan nak beli apa pun...saja aje, kami sepatutnya pi Kelantan petang tu, tapi sebab Athira tak sihat, kami cuak nak pi jauh-jauh. Masa dah sampai rumah, (masa tu, aku masih tinggal di Klang), Athira punya suhu naik semula.  Tapi, sebab dia tak minum susu lagi... aku pi buatkan susu untuk dia....dan masukkan dia dalam buaian.  Bila diberi minum, mulanya tu dia hisap botol tu OK, tapi tiba-tiba......tangan dia kerekot-kerekot,mulut dia jadi senget, mata dia jadi putih.... aku suspend giler....cepat-cepat amik sudu, letak kat dlm mulut dia - Nuar capai baju, aku just sarung aje baju elok sket, dukung dia.... I still remember.. Nuar punya pecut... bagai nak giler.. I held her hand very tight.. tak kasi tangan dia kerekot.. I tried to luruskan tangan dia, tak leh!  Dia betul-betul kejang..

Nuar pasang lampu hazard.... tu dia picit-picit hon....suruh orang ketepi....lampu merah tak kira dah, kami redah aje.. semua kereta ketepi. Sesampai ke klinik......(mujur klinik tu 2 km dari rumah)... doktor tu memang panik giler... tapi, aku puji dia punya assistant.. very cool... dia terus amik ais dlm peti, dia bogelkan Athira, dia letak athira dlm sinki,pastu dia mandikan Athira dengan ais & air paip.

Aku dah menangis-nangis.. apa taknya?  Tengok Athira macam anak ayam kuyup..tangan dia kerekot lagi...  haaaah.. sudah!  Aku dok pk habislah anak  aku!Baca Ayat kursi pun dah tak betul... Fatihah toksah cakapla.. habis semua celaru.  Si attendant ni terus mandikan Ira...Athira menggigil kesejukan...  Doktor cuba tenangkan aku.... aku dah sebak dah...  Nuar toksah cakap.. dia langsung tak moh tengok....  nampak dia dah menangis dah....kami tak terkata apa-apa pun!  Tiba-tiba... dengar Ira panggil... "ibu...ibu.... nak ibu...!" ya Allah... !  Tak sempat doktor tu panggil aku, aku terus meluru pi dapatkan dia.. peluk dia.... dia dah OK...tapi dia kata.. dia sejuk..

"Iya cejuk buuuu!"  Dia masih pelat sket.. bahasakan diri dia "Iya". Attendant tu amik tola.... lapkan badan dia... masukkan ubat insert kat dalam punggung dia.  Aku terus wrap dia ngan tola....  Lepas dah 15 minit dia "sedar" tu..,doktor periksa dia.. tanya dia.. ingat tak... tunjuk kat ayah dia, tanya itu sapa?  Dia kata "ayah..."  tunjuk kat diri doktor tu,  dia kata tu doktor (dia tengok pakai stetoskop tu)... tanya dia, telinga dia dengar OK tak? dia kata dengar...Alhamdulillah.. lega rasanya tengok dia boleh kenal.

Doktor pesan.... kalau boleh, try to avoid dari kena lagi sekali.. sebab each time kalau lambat treat fits ni, dia akan effect otak.  Tu yg bahaya...kalau cepat, tak apa. Tapi, agaknya kami ni masih belum "learn our lesson"..  suatu hari tu dia demam lagi.....(selang setahun lepas kejadian pertama), tapi, diringkaskan cerita, kami sempat bawa dia ke klinik (masa tu hari Ahad).  Dia muntah,pastu kena sawan tarik tu.  Doktor panik jugak; dia pergi tepuk belakang Ira.. kuat pulak tu.. aku rasa macam nak tumbuk aje doktor tu... aku meradang sangat.  Aku marah dia, pastu dia terus call Selangor Medical Centre, suruh accept emergency case from his clinic.

Kami bagai nak rak lagi la (mujur tak jauh, dari Shah Alam ke Shah Alam gak).   Nuar tak lengah lagi.. mujur masa kat klinik tadi doktor sempat masukkan insert tu kat punggung dia. So, keadaan terkawal.  Sampai kat SMC, terus masuk drip.  dan kena mandi lagi dengan ais. Kali ni kami tak cemas sangat sebab kena kat klinik.  Tobat aku tak pi lagi klinik tu... Marah kat doktor  sebab pi tepuk belakang Athira kuat-kuat.  Alhamdulillah.... tak ada impact teruk sangat.

Masa kat SMC tu kami cerita kat doktor kata itu kali kedua dia kena. So, doktor kata, next time  mesti hati-hati jangan bagi kena lagi.  Nanti otak dia akan damage dan boleh jadi cacat.  Simpang 44 malaikat!   La ni Athira nak masuk 9 tahun dah.. dah melepasi had 6 tahun - range umur yg selalu kena sawan ni.  Si Af pun dah lebih 6 tahun, lega aku!

Cukuplah sekadar memandikan budak tu dengan ais dan memasukkan ubat insert tu ke punggung dia. Dalam risalah yg doktor kat SMC tu bagi, bila kena sawan tarik, JANGAN masukkan sebarang cecair pada badan kanak-kanak tersebut.  Baik jap ataupun diberi minum. Sebabnya, otak dia  masa tu langsung tak berfungsi, otak dia "blank"..., jadi apa pun yg masuk dlm badan dia kan "sesat" tak tentu hala jika dimasukkan dlm badan. Jika masuk melalui mulut, besar kemungkinan air tu akan terus masuk ke paru-paru dan akan menyebabkan paru-paru berair.  Sistem saraf kanak-kanak pun tak mampu nak berfungsi dengan betul masa tu.

korang semua ada anak kecik yg berusia around the range, kan??
Jaga-jaga la!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...