Thursday, 25 May 2017

Budak sekolah rendah mencuri!

Tajuk macam kejam kan?
Tapi benda betul pun.
Mula2 Qimi mengadu pasal kamus oxford yang mini tu hilang. Walhal dia dah tulis nama dekat buku tu. Bukan kat depan tu tulis nama tau, tapi tulis kat tepi/lebar buku tu. Means, kalau cicir ke apa, orang masih boleh baca kan? Haisy, geram jugalah hati ini. Kan baru beli, nape tak jaga elok2? So, kami suruh kakanya bagi pinjam kamus buat sementara.

Dalam seminggu, Qimi balik bagitahu dah jumpa, rupa2nya ada budak perempuan kelasnya yang mencuri kamus tu. Lalu memadam nama Qimi dengan pen dan tulis nama dia kat situ. OMG! beraninya budak tu. Pompuan lak tu. Curi barang budak laki. So, cikgu English kata nak rotan budak tu. Budak tu apa lagi dah terisak2 lah. Tapi tak tau kesudahan citer ni, sebab budak tu dipanggil ke bilik guru. Dan Qimi pun tak tanya.

Selesai 1 citer,

Citer ke2, sekarang kan popular fidget spinner tu kan?
So Qimi bawalah fidget tu ke sekolah. Tunjuk depan kawan2.
Pastu balik ngadu yang fidget dia hilang. OMG!
Cicir ke? Tak, katanya sebab zip tu terbuka & dia syak kawan dia yang curi. Cuma tak tau sapa. Haisy, nak tuduh sapa, sebab tak nampak. Itulah, sapa suruh main depan kawan, kan dah kena

Citer ke 3
Wallet dia hilang, dan duit RM10 pun hilang juga. Bila soal siasat bertalu2, baru dia bagitau yang kawan dia seluk poket & amik duit tu sementara wallet dipulangkan. Habis tu camna? Muka dah nak nangis ni. Geram juga aku tapi nak buat camna benda dah jadi.

Mana datang habit mencuri dalam kalangan budak sekolah?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013