Tuesday 9 May 2017

Instagram capai 700 juta pengguna

Ini adalah antara berita yang aku buat di hujung2 karier gitu yang diambil dari laman sesawang luar negara.


CALIFORNIA-Instagram muncul sebagai platform yang sangat pantas ca­paian penggunanya ber­banding media sosial yang lain. Syarikat tersebut mengumumkan 700 juta pengguna aktif setakat April 2017. Ia adalah pencapaian luar biasa dalam tempoh masa yang sangat singkat setelah mencatat 600 juta pada Dis 2016. Media sosial ini dirasmikan pada Okt 2010.

Pengguna aktif bulanan di ukur menggunakan kae­dah metrik. Individu yang sentiasa memuat naik gam­bar di Instagram setiap hari menyumbang ke arah perkembangan tersebut.

Sebagai antara laman sosial yang disertai ramai pengguna apatah lagi de­ngan ciri-ciri seperti siaran langsung Instagram Live, ‘Instagram Stories’ yang membolehkan perkongsian gambar dan video yang ke­mudiannya hilang dalam tempoh 24 jam.

Malahan ramai peniaga menggunakan saluran Insta­gram sebagai tempat mereka memasarkan produk atau perkhidmatan membuatkan media sosial ini semakin popular berbanding media sosial yang lain.
Hal ini juga terus mengu­kuhkan lagi kedudukan per­khidmatan sosial berkenaan, selain bersaing dengan aktif bersama perkhidmatan lain seperti Snapchat yang hanya mencapai jumlah 161 juta pengguna sejak dilancarkan lima tahun lalu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...