Thursday, 4 May 2017

12 tip urus masa WAHM - copy paste Hazrina Nasir

Sebagai WAHM, aku perlu ada guide atau tips untuk manage rumah tangga, anak2, suami & bisnes gitue. So google jumpa la blog yang menarik. So aku copy paste n edit skit2 untuk senang baca. Sini blog dia Baca Sini.

Tips Ibu Bekerja Dari Rumah Sambil Urus Anak


1. Buat Perancangan Awal ‘To-Do-List’
Setiap hari sebelum tidur saya senaraikan segala perkara yang saya rancang nak buat esok. Pentingnya buat pada waktu malam supaya kita boleh set dalam minda separa sedar. Daripada situ kita dah remind anggota badan kita untuk ambil tindakan sebaik bangun tidur. Lagipun jimat masa takdelah bangun pagi baru nak termenung dan terfiki-fikir. Dah berapa banyak masa terbazir kan?

2. Buat Jadual!
Ya bagi saya penting sangat buat jadual ni. Jadual boleh guide kita untuk disiplin dan stay on track. Jadual juga bantu kita urus masa dengan seimbang dan hargai masa dengan lebih baik. Kita boleh buat jadual ikut keselesaan. Ada orang buat jadual dengan detail sampaikan berapa minit nak makan, bila nak mop rumah, waktu anak belajar, bila nak bermain dengan anak dan sebagainya.

3. Buat ‘Checklist’
Kita boleh juga senaraikan semua perkara-perkara yang wajib kita buat tiap-tiap hari secara terperinci. Buat terus list tu untuk sebulan. Dan setiap hari kita tick tengok mana yang dah buat dan belum. Cara ni bantu kita elak daripada terlepas pandang atau ‘terlupa’ atau bertangguh. Setiap hari tengok balik banyak tak lompong dan usaha kurangkan lompong-lompong tu.

4. ‘Source-Out’ Kerja Rumah
Walaupun bergelar surirumah bekerja, tidaklah menjadi dosa kalau kita nak source out kerja rumah. Kalau ada kemampuan apa salahnya kan? Contohnya boleh panggil part-time maid untuk kemas rumah, sesekali makan luar so tak perlu masak, hantar baju ke dobi, daftar anak ke kelas playgroup dan lain-lain. Jadi ibu boleh spend lebih masa untuk uruskan bisnes ataupun main dengan anak-anak.




5. Kuasai Kemahiran ‘Multitasking’
Ibu-ibu kena ada skill ‘tangan sotong octopus’ supaya boleh buat banyak kerja serentak. Cara ni boleh jimat banyak masa. Contohnya bangun pagi boleh terus jalankan washing machine. Sementara tu siapkan anak-anak dan bila diorang dah ke sekelolah, baju yang siap dibasuh tu dah boleh sidai. Kalau yang ada baby tu, breastfeeding sambil tangan menaip di laptop tu biasa lah kan hihi

6. Susun Atur Jadual Anak-Anak
Saya perasan anak-anak ni kalau cukup makan, pakai, tidur InsyaAllah diorang tak banyak ragam. Sebab tu jadual diorang kena teratur dan selaras. Pastikan bagi makan awal dan perut kenyang. Tidur dan bangun serentak supaya takdelah sorang tidur sorang berjaga. Jadi buat jadual anak-anak bila waktu main, waktu belajar, dan kalau ibu ada buat homeschooling, buat juga lesson plan anak-anak.

7. Hati-Hati Dengan Pencuri Masa
Masa pun ada yang nak curi? Cemana tu? Tapi pencuri masa ni bukan orang. Walaupun macam tu beliau sangatlah licik dan efficient! Tak percaya? Cuba tengok Facebook, Instagram, Whatsapp dan banyak lagi lah. Daripada 1 ke 1. Kalau tak beringat memang terhanyut. Nak-nak pula terbaca yang hot dan sensasi. Daripada ‘Sekejap je’ ataupun ‘5 minit je’ tengok-tengok dah setengah jam. Habisss!

8. Masak Menu Simple
Sebolehnya kita surirumah mestilah nak bagi keluarga makan hasil air tangan sendiri. Lagipun bersih dan jimat! Tapi kalau hari sibuk misalnya boleh masak seringkas mungkin. Contohnya untuk sayur potong ulam-ulaman je macam timun, sup ayam untuk lauk dan buah limau untuk pencuci mulut. Air? Air masak je lah bagus. See? Masih boleh makan dengan sedap, sihat, seimbang dan cukup zat!



9. Moral Support/ Sokongan Orang Sekeliling
Penting sangat sebenarnya moral support daripada orang sekeliling terutamanya suami dan keluarga. Jadi surimah jaga anak 24/7 tanpa henti tu adalah satu komitmen yang tinggi. Bisnes pun kena jalankan dengan penuh komited kalau nak berjaya. Jadi kerjasama orang lain untuk faham dan bagi pertolongan kat mana-mana patut sangat membantu ibu untuk lebih bermotivasi untuk buat kerja.

10. Business-Support-Group
Tengok juga nature of bisnes tu macam mana. Bisnes ni biasalah tak lari daripada macam-macam cabaran. Dalam masa sama banyak benda perlu belajar. Macam saya memang cari bisnes yang boleh bagi coaching untuk bimbingan berterusan. Macam bisnes Shaklee ni kitorang ada banyak secret groups. Semua ilmu dan perkongsian sangat memudahkan dan membantu saya berbisnes.

11. Jangan Lupa Bertenang Dan ‘Enjoy-Life!’
Kadang-kadang kita sibuk sangat nak capai target sampai lupa nak nikmati hidup. Risaukan anak-anak. Mana dengan nak concentrate bisnes lagi. Lepas tu stress lah. Buntu pun ye sebab tepu taktau mana dulu nak buat. Jadi bawa bertenang! Letakkan limit. Jangan lupa masukkan dalam jadual harian waktu untuk rehat dan treat diri sendiri. Supaya lepas tu kita boleh refresh dan bangkit balik untuk berfungsi dengan momentum yang lebih tinggi.

12. Amalan rohani
Semua benda kalau boleh kita nak lakukan yang terbaik untuk keluarga dan bisnes. Semua ni perlukan kekuatan dalaman yang kuat. Supaya kita sentiasa bermotivasi dan bersemangat. Kita boleh dapat kekuatan mental dengan mengutamakan amalan rohani harian yang berterusan. Bila kita letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah insyaAllah usaha kita lebih diredhai dan Allah akan bantu. Usaha perlu selalu seiring dengan doa dan tawakal.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013