Saturday 6 May 2017

Pesta Buku Antarabangsa 2017 (PBAKL 2017)

Pesta ni memang syurga buat ulat buku, pelajar sekolah & sapa saja nak dapatkan buku dengan harga murah. Tak dapat beli buku banyak pun, dapat bau buku baru, dapat rasai keriuhan pesta buku ni pun dah cukup seronok <--- aku lah.

So, disebabkan aku pegi hari ke2 terakhir, yakni hari sabtu, so boleh bayangkan tak crwodnya camna? Pergh! padat babe. Masa lalu depan PWTC lagi dah nampak berbondong2 bas sekolah, bas persiaran lalu dengan budak2 sekolah beruniform menapak ke PWTC tingkat 4, masa tu baru 9.45pagi. Lepas tu, parking hentian Putra lak ditutup sebab keja perobohan (?), so kami parkir dekat Sunway Putra dan naik jenjatas untuk ke PWTC. So check out gambar2 k.

Poster tahun ni, pesta selama 10 hari. Esok lagi syoklah, mesti banyak acara lelong, tengok korang lalu ke tak tunggu sampai petang dan orang mesti lagi ramai giler.
mula2 masuk dah nampak ni. Memang favourite budak2, entah apa yang best dengan lawak kampus tu. Maklumlah kita ni batch Ujang, Gila-Gila, Doraemon, Sailormoon semua, dorang suka komik yang gini lah. Tetiba acik rasa dah tua sangat
Ambil lah anak, tak banyak diskaun pun, antara 50sen dengan RM1.50 kot, tapi takpelah, janji korang happy k
acik lalu je booth2 ni, bawa anak tak sesuai masuk, dorang cepat boring tengok novel :(

Pelangi yang buku education tu ada citer seram weh!

bebudak sekolah
Lalu ja lah mampu

seronok tengok

oh! Inilah yang diperkatakan ya

Ejen Ali kat main stage
Lepas beli buku komik, beli buku latih tubi ya anak2


Ni masa lalu kat DBP, eh! ada jual fidget spin/spinner <---katanya permainan budak2 sekarang nak hilangkan stres. Aduh! mak tepuk dahi, budak2 pun stres ke? Belilah sorang 1 RM10, minta kurang dapatlah RM9. Bila lalu tempat lain, pun ada jual juga benda alah pusing2 ni



Novel ni pun murah, tapi tak sempat nak belek! huwaaa

banyak buku menarik kan

Ni Karangkraf. Ewah! tempat lama, banyak diskaun sey.

Lepas ajen Ali, promosi buku Pahrol pula

Ana Muslim ni memang bawa trending yang sangat bagus, melekat imejnya

siap ada merchandise baju lak, macam GM Klang u

Qimi tengah bayar buku

Sebelah Fargoes ni ada Grollier, bahaya! Ops!

Orang ramai

Sapa berani?

Indie, tak jumpa Dubook




Eh! Twillight ada Melayu?





Ni kalau tak dapat A lagi, tak taulah anak2

Sekian, itu sahaja. Tunggu lah pula tahun depan. Kena buat 2 sesi, iaitu sesi mak seorang dan sesi bersama anak2. Dulu2 boleh sesi mak sebab bertugas kan? Sekarang dah pencen. Eh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...